Terkini

Polis guna ski mask dan senjata tahan Mat Sabu.

ABANG MAT SABU DITAHAN POLIS

Abg Mat Sabu telah ditahan oleh pihak polis di Seberang Jaya selepas dari mesyuarat PAS Pulau Pinang pukul 12 tengah malam tadi.

Selepas menghadiri mesyuarat PAS negeri Pulau Pinang, dalam pukul 11.40 malam Abang Mat dan saya minum di Kedai Seven Stars Sungai Dua lalu ditahan oleh polis dari Bukit Aman lengkap dengan ski mask dan senjata lalu dibawa ke balai polis Seberang Jaya.

Jam 1.15pagi saya masih disini utk perkembangam lanjut. Semasa tangkapan Dato Saleh Man, Ustaz Rushdi berada sama. Kami PAS Pulau Pinang berasa kesal dengan tindakan penangkapan ke atas Pesuruhjaya kami yang juga Timbalan Presiden PAS.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang


1 Response to "Polis guna ski mask dan senjata tahan Mat Sabu."

  1. pergi jahanam mereka yang menyanggah jemaah - baru dapat sedikit laba dunia dah tunduk kepada kehendak orang kafir

    ReplyDelete