Terkini

Parti Baru bakal gegarkan Politik Perak

PARTI BARU BAKAL GEGARKAN POLITIK PERAK

OLEH: JOHARI JAAFAR (Bekas Wartawan Harakah)

IPOH: Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.

Tinjauan rambang memperlihatkan rata-rata rakyat Negeri Perak sedang menunggu kelahiran parti baru yang akan membawa gelombang politik di negeri ini, malah mereka tidak sabar lagi untuk menanti kemunculan parti baru yang mesra rakyat.

Arus badai perjuangan baru ini  telah disambut oleh rakyat di negeri ini dengan menyokong gerakan Perjuangan Baru Bermula (PBB )  apabila satu majlis perjumpaan diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari seluruh kawasan di negeri ini.

Turut hadir dan memberikan ucapan Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak ,Haji  Mohd Zainududin Yusuf, mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul Malik.Di samping Sdr Nelli ,Ketua DHPP, Perak,turut memberi pandangan.
Nelli, Ketua DHPP sedang menyampaikan pandangan.

Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahum Cheng).turut kelihatan dalam majlis tersebut.

"Ini perjumpaan kali kedua, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan", ujar Rahim. 

Bekas ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan menerangkan kepada masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.

Difaham  Ahli Jawatankuasa untuk Perjuangan Baru Bermula negeri ini telahpun diwujudkan dan wakil -wakil dari kawasan kawasan sedang disusun.

Beberapa program telah pun disusun oleh Jawatankuasa Perjuangan Baru Bermula (PBB) negeri ini untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini.

Beberapa tokoh politik yang berpengaruh  dijangka akan turut bersama dalam penghijrahan tersebut. Antaranya ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Nizar Jamaludin,  Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf  bekas Exco Agama kerajaan PR(Mantan Adun Lubuk Merbau).

Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menerangkan dan mengajar semua lapiran masyarakat termasuk ahli ahli untuk bersama wadah baru ini.

"Kita tidak bermusuh dengan PAS dan ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari raya Aidil Firti nanti," ujar beliau. 

Rakyat negeri ini termasuk ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama mendokong hasrat Pakatan Rakyat.

Program pertamanya telah berlangsung pada 4 Julai kelmarin di dataran Pondok al-Mansor (PAKAT), Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Mudir pondok tersebut Ustaz Jamaludin Ahmad merupakan mantan Yang Dipertua PAS kawasan Padang Rengas.

Program seterusnya akan diasdakan Himpunan Nuzul Quran Perjuangan Baru Bermula pada 5 Julai di Darul Aitam, Temoh Stesyen, Tapah. Kedua-dua program tersebut akan turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi perjuangan baru bermula peringkat pusat dan negeri Perak.

0 Response to "Parti Baru bakal gegarkan Politik Perak"

Post a Comment