Terkini

Puteri report polis,tuduhan Najib dapat RM 2.6 bilion, tuduhan jahat.

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini membuat laporan polis terhadap portal Sarawak Report dan akhbar kewangan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) susulan laporan yang dikatakan menjatuhkan reputasi perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, laporan yang mengatakan terdapat syarikat mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi Najib merupakan tuduhan yang berniat jahat serta memburukkan kerajaan.

"Ia cubaan menggugat keyakinan rakyat rakyat negara ini serta dunia kepada Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita mahu laporan media ini disiasat kerana ia merupakan satu bentuk khianat, kotor dan tidak mempunyai sebarang bukti kukuh," katanya 

0 Response to "Puteri report polis,tuduhan Najib dapat RM 2.6 bilion, tuduhan jahat."

Post a Comment