Terkini

Timbalan Murshidul Am , kata ada ba'iah talak 3., Setiausaha Majlis Syura, kata tak ada.


SHAH ALAM - Ekoran timbulnya isu mengenai bai’ah talak tiga yang hangat diperkatakan kini, Majlis Syura Ulama Pas, selaku badan tertinggi dalam parti itu tampil menjelaskan mengenai kandungan sebenar taat sumpah berkenaan.

Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Memang tak ada... itu bukan keputusan Majlis Syura… tidak pernah, itu tidak betul dalam bai’ah kita tidak ada (bai’ah talak tiga) , “ Katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kandungan bai’ah tersebut, Muhammad berkata, ia melibatkan perjanjian manusia dengan ALLAH.

“Antara kandungan nya adalah ‘ Kalau saya melanggar ba’iah ini saya akan dilaknat oleh ALLAH, Rasul, Malaikat dan sekalian makhluk…kemudian  segala harta benda yang diperolehi daripada atas nama Pas, kalau saya khianati akan dilaknat’…..semua benda itu tidak bolehlah…tapi yang cerai talak tiga itu tidak diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.



Sebelum ini, Sinar Harian memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain. 

Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya.




1 Response to "Timbalan Murshidul Am , kata ada ba'iah talak 3., Setiausaha Majlis Syura, kata tak ada."

  1. Tuan

    Kecoh...kecoh. ingatkan bila puak liberal, puak anwarinas dan entah apa lagi gelaran 6g diberi dihapuskan secara pukal dalam pemilihan lepas dan akibatnya mereka mahu menubuhkan parti mereka sendiri sebagai menyahut cabaran Presideng - PAS sepatutnya lebih mantap dan teserlah perjuangan Islam sebenar yang mereka g3mbar gemburkan kerana PAS sekarqng mereka kuasai 100%.

    Rupa makin bercelaru. Makin nampak apa yg mereka kempenkan selama ini hanya kelentong kosong. Timbalan MA kata lain, SU MSU kata lain sedangkan mereka berada dalam satu badan yang sama ia itu MSU.

    Sepatutnya mereka gembira bahawa puak sekuler, puak liberal, puak anwarinas hendak tubuh parti baru. Kerana mereka ini hendak berambus dari PAS, sepatutnya ulamak PasChai ini memberi galakan supaya berambus cepat2. Ini tidak, macam nak sekat pulak setelah berusaha dengan pelbagai cara di luar akhlak Islam 7ntuk menghalau mereka.

    Saya sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada ulamak2 PasChai ini. Namun saya masih menghormati ulamak2 PAS yang lain yang berakhlak selayaknya. Sedih melihat ulamak2 PasChai ini dalam tindakan mereka yg dilihat lebih mengikut kitab Mechiavelli dari ilmu mereka. Saya malu dengan perangai mereka apabila kita lihat bagaimana mereka bukan ulamak berakhlak seperti Rafizi, Dr Zulkefly, Nurul Izzah dll. Tak payah kita bandingkan dengan pemimpin2 DAP lah...lagi memalukan.....maaflah kalau berbunyi kasar.

    Apa yg kita nampak ulamak2 PasChai ini menjual ayat2 Al Quraan dan hadis Nabi dengan begitu murah sekali untuk menjustifikasi tindakan tidak berakhlak Islam mereka.

    ReplyDelete