Terkini

Lim Kit Siang tersentuh dengan lagu Najwa anak Muhyiddin.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tersentuh dengan dendangan lagu terkini anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, ‘After the rain’ yang memberikan sokongan kepada bapanya dalam bidang politik selepas digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Kata Kit Siang lagi, bait lagu yang paling menyentuh hati ialah ‘ikrar, perpaduan dan kesetiaan daripada adik beradik Najwa kepada ayahnya yang sedang menghadapi ujian'.

“Saya memuji anak perempuan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahjaddin untuk menyayangi ibu bapa beliau untuk lagu ‘After the rain’ bagi memberi sokongan kepada bapanya dalam penderitaan politiknya selepas digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri.

“Paling menyentuh perasaan, terutama bahagian (Najwa)
ikrar keakraban dan kesetiaan adik-beradiknya kepada Muhyiddin yang menghadapi ujian,” katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata demikian dalam majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru di Johor hari ini.

Katanya lagi Malaysia sedang menghadapi bukan hanya hujan malah mungkin ribut yang dasyat dalam tempoh 58 tahun pembinaan negara ini.

“Betapa hebatnya jika Najwa boleh mengubah dan menyanyikan sebuah lagu yang didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia untuk berdepan dengan ribut yang mendatang,” puji Kit Siang.

Najwa malam tadi memuat naik lagu tersebut di sosial media.

Antara bait lagu tersebut ialah: "Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari. SUMBER MK.



0 Response to "Lim Kit Siang tersentuh dengan lagu Najwa anak Muhyiddin."

Post a Comment