MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Haji Hadi pernah hapus Tol Jambatan Sultan Mahmud.

DR. ZUHDI BARANGKALI TERLUPA LANGKAH POPULIS PRESIDEN PAS HAPUS TOL JAMBATAN SULTAN MAHMUD SEMASA KUASAI TERENGGANU DULU

GEORGE TOWN | 22 OKTOBER 2015

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki menyifatkan usaha menghapuskan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang, jika Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sebagai “langkah populis yang mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat".

Barangkali Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat itu terlupa yang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah mengambil langkah populis itu, dengan menghapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud selepas menguasai Kerajaan Negeri Terengganu, 1999 dulu.

Nasihat saya mudah, jangan meludah ke langit, kelak terkena muka sendiri.

Salah satu logik tol dikenakan adalah untuk membiayai kos pembinaan lebuh raya, kerana kos penyelenggaraan jalan diambil daripada cukai jalan (road tax).

Namun, syarikat konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) didedah mengutip keuntungan kira-kira RM18.3 bilion sehingga 31 Disember 2010, walaupun kos pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia itu direkodkan menelan belanja RM5.9 bilion sahaja.

Dianggarkan, syarikat kroni untung 52 sen bagi setiap satu ringgit yang diperas daripada pengguna lebuh raya itu.

Apabila semua ini didedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan cadangan kenaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus setiap tiga tahun mulai 2016, atas sebab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013, serta isu tol ini diledakkan oleh para pemimpin pembangkang semasa itu.

Sementera itu, kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang kalau ikut perjanjian asal adalah selama 17 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 2018.

Tetapi, Kerajaan Pusat berbincang dengan syarikat konsesi sahaja berwajib (serta tanpa partisipasi Kerajaan Pulau Pinang) secara tender tertutup telah melanjutkan tempoh kutipan tol selama 30 tahun lagi, dan ditamatkan pada 2038.

Sehingga 31 Disember 2011, syarikat konsesi Jambatan Pertama Pulau Pinang direkodkan mengutip tol kira-kira RM1.859 bilion dengan kos pembinaan projek itu sebanyak RM944 juta sahaja, sekaligus menunjukkan mereka mendapat lebihan kutipan RM924 juta semasa itu.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula pada tempoh sama didedah mengutip RM340 juta sedangkan kos pembinaanya hanya RM256 juta, sekaligus menunjukkan mereka berjaya mendapat lebihan kutipan sebanyak RM84 juta.

Populis atau tidak komitmen Pakatan Harapan itu adalah bukan isu utama di sini.

Perkara yang lebih penting dan utama untuk Dr. Zuhdi teliti adalah dari aspek amalan syarikat konsesi tol berwajib mengaut keuntungan berlebihan serta melanjutkan tempoh perjanjian konsesi.

Semua ini berpunca oleh amalan federalisme Kerajaan Pusat secara berlebihan, yang nyata merugikan kepentingan pengguna lebuh raya terbabit.

Sekian.

"ISLAM RAHMATAN LIL 'ALAMIN"

ZAINULFAQAR YAACOB
Pengarah Komunikasi
AMANAH Pulau Pinang 

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com 
faqar.blogspot.com

0 Response to "Haji Hadi pernah hapus Tol Jambatan Sultan Mahmud."

Post a Comment