Terkini

Apa sudah jadi,orang Thailand jadi think-tank kerajaan Perak.

Terdapat rungutan dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri tentang ketidakupayaan IDR sebagai think-tank kepada kerajaan negeri.


IDR dilihat sibuk melakukan pelbagai program daripada menjalankan fungsinya sebagai badan pemikir kepada kerajaan negeri dalam bidang sosio-ekonomi.


Ketidakupayaan ini dilihat berpunca daripada pucuk pimpinan IDR yang didapati tidak mempunyai latar belakang yang relevan dengan fungsi IDR untuk memberikan idea-idea bernas dalam bidang sosio-ekonomi.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IDR, Dr Mazalan Kamis didapati hanyalah seorang yang mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan. Beliau menerima PhD dalam bidang pendidikan lanjutan dan Master dalam bidang pendidikan. Sila rujuk pautan di bawah:


https://mazalankamis.wordpress.com/about/



Untuk melihat struktur organisasi IDR, sila lihat pautan di bawah:



http://idrperak.my/index.php/about/who-we-are




Ketua Penyelidikan dan Penerbitan IDR, Dr Asae Sayaka pula dilihat seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang meragukan. Tidak dapat dipastikan di universiti mana beliau menerima PhD dan jika ada, tidak diketahui dalam bidang apa. Carian google banyak menunjukkan beliau terlibat dengan hal-hal berkaitan wetland dan mangrove dan bukan seorang pakar ekonomi atau penyelidik sosio-ekonomi.


Biodata beliau yang dipaparkan di Linkedin:


https://my.linkedin.com/in/asae-sayaka-847a6045




Kedua-dua Dr Mazalan Kamis dan Dr Asae Sayaka adalah orang luar Perak. Dr Mazalan berasal dari Melaka manakala Dr Asae Sayaka berasal dari Thailand. 


Tidak nampak relevannya kenapa diperlukan seorang yang berasal dari luar negara (Thailand) dan tidak mempunyai rekod yang cemerlang atau latar belakang pendidikan yang berkaitan sosio-ekonomi diambil bekerja di Perak dalam institusi badan pemikir kerajaan negeri. Adakah masih kurang kepakaran orang Malaysia yang berkelayakan sehinggakan mengambil orang luar dengan latar belakang yang sangat meragukan?



Harap maklum.


1 Response to "Apa sudah jadi,orang Thailand jadi think-tank kerajaan Perak."

  1. Kenapa tidak anda sahaja yang bijak pandai menjadi insan seperti mereka ? Hidup menyumbang bakti.

    ReplyDelete