Terkini

Ini cara nak tamat potongan gaji dengan YAPEIM

Berkenaan isu penyelewengan YAPEIM yg viral skarang, saya sbg pekerja yg membuat potongan gaji secara berjadual setiap bln turut merasa sakitnya.. Taknak percaya khabar angin, so saya call sendiri Yapeim sebentar tadi, kata pegawainya, mereka tidak boleh mengeluarkan sbrng kenyataan selagi kes masih dalam siasatan.

Oleh kerana saya rasa hilang kepercayaan terhadap institusi ini (at least sehingga mereka dapat membuktikan yg dakwaan ini fitnah), maka saya pun bertanya cara untuk memberhentikan potongan gaji tersebut..

Katanya perlu buat surat rasmi beserta butiran berikut:
Nama: 
My kad:
Alamat bekerja:
No telefon:
Sebab:
Faks ke nombor berikut: 03-2663 2717
Hubungi nombor ini utk sbrg pertanyaan: 03 2717 2717

Yg bermain difikiran saya: 
1. Benarkah Pengerusi dan Tim Pengerusi dibayar elaun sejumlah 70k+ dan 45k+ setiap bulan? (Tiada penafian dibuat setakat INI)
2. Jika dakwaan diatas benar, atas dasar apa mereka layak menerima elaun dlm jumlah yg sgt besar?

Yapeim berdiri atas wang sumbangan kita semua... Kita yg bergaji seribu dua pun menyumbang.. Menyumbang utk mengkayakan yg sedia kaya kah? 

Ini juga bukan isu pahala.. Kita sedekah kepada pencuri, penzina, org kaya pun masih dapat pahala... Cumanya, bila konsisten sedekah kepada YaPEIM, saya berharap selain dapat pahala, dapat jugak la membantu umat Islam yang memerlukan.. 

Ni..... mangsa banjir ada yang dah setahun tinggal dalam khemah, sangat melampau kamu rembat elaun puluhan ribu!

Rakan-rakan yang disayangi, teruskan bersedekah.. Kita takkan miskin dengan sedekah.. Carilah NGO lain yang lebih telus, atau salurkan terus kepada asnaf yg layak.

1 Response to "Ini cara nak tamat potongan gaji dengan YAPEIM"

  1. Ya betul, saya dah lama sedar dan berhenti dari menyumbang kepada perompak2 UMNO.

    ReplyDelete