Terkini

Komitmen AMANAH kuatkan pembangkang tumbangkan BN-Mat Sabu.

KENYATAAN MEDIA

AMANAH ALUKAN KENYATAAN PRESIDEN KEADILAN AGAR PAKATAN HARAPAN DIPERKUKUH

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan kenyataan Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kongres Nasional Ke-11 parti itu semalam bahawa Pakatan Harapan mesti terus diperkukuhkan.

2. Ketika menyampaikan ucapan dasar presiden, beliau menyebut bahawa pakatan baharu iaitu Pakatan Harapan yang dibentuk adalah penyambung kepada penyempurnaan amanah rakyat menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

3. Beliau juga menyebut bahawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH akan menggalas amanah yang diberikan oleh rakyat, untuk berhadapan dengan Umno BN.

4. Bagi Parti AMANAH, penegasan oleh Presiden KEADILAN itu perlu disambut baik oleh semua pihak, dan bersama-sama berusaha ke arah kesepakatan politik Pakatan Harapan yang lebih utuh.

5. AMANAH juga berharap agar tiada mana-mana pemimpin daripada mana-mana parti dalam Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan semangat kerjasama sehingga boleh mengeruhkan suasana.

6. Jangan ada di antara mana-mana pimpinan Pakatan Harapan yang cuba untuk memberikan talian hayat kepada Umno BN, di saat gelombang rakyat sedang menolak mereka ekoran pelbagai skandal dan masalah yang melanda negara.

7. Akhir sekali, AMANAH ingin mengulangi komitmen, bahawa kami akan terus menjaga perinsip kesepakatan dalam Pakatan Harapan, demi sebuah pakatan pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Umno BN pada PRU-14.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
29 November 2015

0 Response to "Komitmen AMANAH kuatkan pembangkang tumbangkan BN-Mat Sabu."

Post a Comment