Terkini

UMNO melakukan terlalu banyak dosa-YB Dato'Iskandar Samad.

AKAR UMBI PAS AKAN MENOLAK UMNO

Kenyataan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO adalah satu mimpi di siang hari.

Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar.

Dato' Seri Najib patut sedar dari mimpi dan menyelesaikan masalah dalaman UMNO terlebih dahulu.

Jangan digunakan PAS sebagai satu "smokscreen" untuk menutup masalah UMNO. Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Timbalan Presiden UMNO, malam tadi. Ternyata UMNO berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.

UMNO telah melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS.

Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini.

Penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai-gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.

Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.

Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak kepada royalti petroleum.

UMNO akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan. Tetapi terlalu banyak "dosa" UMNO terhadap PAS dan sudah tentu mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan UMNO.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

8 Disember 2015.

12 Responses to "UMNO melakukan terlalu banyak dosa-YB Dato'Iskandar Samad."

  1. Ooo..itu pendapat peribadi iskandar samad..
    Yg muktamad adalah kata2 tuang presideng..

    ReplyDelete
  2. Yg pastinya pendapat muktamad tuan presideng ialah anti LGBT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGBT bidang kuasa siapa?Jgn lah guna fitnah ma tutup kelemahan

      Delete
    2. Bidang kuasa yg mengiktiraf mereka lah.. Gerakan islam generasi ke 2 misalnya..

      Delete
    3. Bidang kuasa yg mengiktiraf mereka lah.. Gerakan islam generasi ke 2 misalnya..

      Delete
    4. Kena paham ayat.kena paham bahasa.kena paham konteks ayat dalam berbahasa.
      Mengiktiraf kewujudan golongan lgbt.
      Bukan mengiktiraf dgn menghalalkan perbuatan mereka.
      Ada perbezaan jika anda paham bahasa

      Delete
    5. Bangang betul lah ko ni hud hud.. Samada kau iktiraf ke tidak iktiraf, golongan LGBT kesayangan 7 keturunan kau tu tetap wujud...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. lgbt adalh rakyat malaysia yg perlu disantuni hak sbagai rakyat yg juga bayar cukai. bkn redha amalan mereka.

    nk musuh dgn mereka kena pulangkn dulu cukai yg mereka bayar

    klu najib yg sah merompak dn mrnyusahkn rakyat dn lemah mentadbir pun pas blh lunak... kenapa lgbt yg tidak merompak tk boleh disantuni

    lgbt dibesar2kn kerana nk kaitkn anwar dgnnya. tp perkataan 1MDB jgn disebut dikedai2 kopi... itu menggugat demokrasi.

    apa gerenti ahli umnu tidak yg lgbt?

    apa umnu dn pasug buat utk atasi lgbt selain dpd menggunakn lgbt utk politik jahat mereka terhadap anwar dn amanah

    sudahlh umnu pasug... rakyat bukan panda atau penyu tua yg blh kau perbodoh2kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Bangang betul lah ko ni dol.. Samada kau iktiraf ke tidak, golongan LGBT kesayangan 7 keturunan kau tu tetap wujud...

      Delete