MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Hanya yang gila percaya fitnah,Perdana Menteri, Lim Guan Eng.

FITNAH SEMAKIN MENGGILA TERHADAP AMANAH

1. Baru-baru ini diviralkan berita kononnya Presiden AMANAH menyokong perlantikan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Hanya yang gila akan percaya fitnah gila sebegitu rupa. Tetapi inilah bukti akan keadaan semakin terdesaknya mereka yang bencikan AMANAH.

3. Sedangkan dunia maklum bahawa calon Perdana Menteri Malaysia yang telah diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan, sejak penubuhannya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. Oleh itu usaha cuba menggambarkan AMANAH sebagai budak suruhan DAP dengan menyatakan AMANAH menyokong Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri adalah jelas terlalu terdesak.

5. Ini adalah hasil perasaan cemburu pihak tertentu betapa AMANAH dalam masa hanya beberapa bulan telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.

6. Saya sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH ingin memesan kepada semua supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan. Ianya hanyalah bukti keberkesanan AMANAH dan banyak lagi tuduhan bakal dilemparkan kepada kami selepas ini.

7. Oleh itu sentiasa tabayyun segala berita yang tersebar melalui media sosial dengan merujuk kepada laman web dan Facebook rasmi AMANAH.

Sekian terima kasih.

"Harapan Baru"

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
16 Januari 2016

3 Responses to "Hanya yang gila percaya fitnah,Perdana Menteri, Lim Guan Eng."

  1. Setuju hanya fitnah LGE jd PM.. Tapi kalau di kalangan Melayu dlm PH jd PM ada potensi dikawal selia oleh DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja menabur fitnah dan buruk sangka adalah perkara wajib walaun pas.
      Inilah hasil tarbiah hadi marang.berjaya lahirkan pengomen2 mcm hang..
      Ajaran islam kitab mana yg ajar buruk sangka ni?

      Delete
  2. Mintak tolong jawab yea soalan saya ni..

    Kalau konsesus PH setuju tolak hudud, apa pendapat hud hud.?. Maksud saya mana yg lebih perlu diimani, AlQuran yg suruh laksana hudud atau konsesus PH? Jawab ye hud hud.. Kau kan bijak?

    ReplyDelete