Terkini

Menteri Besar dan Nik Amar tiada parut pun lawan UMNO.

Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan hanya aktif mula 1995.Mereka tiada kesan parut lawan UMNO.

WAN RAHIM DAKWA PEMIMPIN PAS KELANTAN YG ADA SEKARANG TIDAK PERNAH BERTEMPUR DGN UMNO

Kepimpinan Pas Kelantan tidak pernah bertempur dengan Umno sepanjang 32 tahun kepimpinan PAS Kelantan di negeri itu di bawah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Pengerusi Amanah Negeri Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap surat bantahan rasmi Pas Kelantan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri di program anjuran Amanah, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah menganggap tindakan itu sebagai tidak kena caranya. 

Katanya, Pas sejak awal lagi sudah menjalin persefahaman politik dengan parti lain sejak tahun 1990 bersama Semangat 46 dan pada 1999 melalui Barisan Alternatif (BA) sehinggalah pilihan raya umum 2008 dan 2013 lalu.

“Dalam persefahaman rakan-rakan tahaluf siyasi ini, muafakat bersama melibatkan kerjasama politik tidak boleh mencampuri urusan parti rakan-rakan. Itu sudah jelas di semua peringkat cawangan, kawasan, negeri dan nasional,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.

 Menurut Jawatankuasa Amanah Nasional itu, sebarang urusan antara parti politik apatah lagi melibatkan rasa tidak puas hati atau teguran harus mematuhi prinsip horizontal (mendatar) atau secara vertikal (menegak) bukannya menyilang. “Apa-apa urusan di peringkat masing-masing hanya melibatkan hubungan dua pihak secara horizontal. 

Maksudnya, kalau Pas Kelantan tidak berpuas hati dengan PKR negeri, saluran yang diguna ialah memberitahu hal itu kepada PKR negeri. Sama taraf. Tak boleh contohnya, Pas cawangan mengadu kepada PKR cabang, mestilah melalui ranting. 

“Begitu juga, surat untuk menggesa tindakan sewajarnya juga boleh dihantar mengikut prinsip vertikal tidak boleh diagonal (pepenjuru). Misalnya apabila Pas Kelantan tidak bersetuju dengan tindakan PKR negerinya, suara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung Pas bukannya terus terjah kepada Setiausaha Agung PKR. 

Salah cara itu. “Dalam konteks surat Perhubungan Pas negeri Kelantan itu tidak wajar secara diagonal terus kepada Setiausaha Agung PKR. Kita ada tatacara dalam berorganisasi,” jelasnya lagi. Permaidani merah

Mengulas lanjut surat bertarikh 13 Januari yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri itu, Wan Rahim berkata, Datuk Che Abdullah Mat Nawi masih dikira baru dalam perjuangan PAS. “Beliau tidak sampai setahun buat pertama kali sebagai Setiausaha (Perhubungan negeri). Dia sendiri kali kedua sebagai Adun. Dia tidak sempat dengan rakan-rakan tahaluf siyasi pada tahun 1990 dan 1990.

 “Namun, ini tidaklah bermakna saya menyalahkan Setiausaha tetapi keseluruhan pimpinan PAS Kelantan hari ini tiada pengalaman bertahaluf siyasi dalam menghadapi pilihan raya. Mereka menerima kemenangan atas hamparan permaidani merah hasil usaha panjang 32 tahun kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

 “Mereka tidak pernah berdepan dengan pertempuran dengan Umno sejak tahun 1978, 1982, 1986 sehinggalah tahun 1990 ketika Tok Guru menjadi Menteri Besar. “Pada 11 Mac 1978, dari parti yang tinggal dua kerusi, Umno gelar tinggal batu nisan, di situlah ujian sebenar perjuangan PAS dipimpin arwah Tok Guru selama 32 tahun. 

Kedua-dua Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri hanya masuk PAS secara aktif tahun 1995 ke atas. “Orang Kelantan kata kalau buka baju, tengok di badan tiada satu pun bekas parut kesan cedera menyertai pertempuran. Begitulah ibaratnya,” ujarnya lagi yang menyertai Pas sejak 1977 ketika Kelantan diumumkan darurat.

 Ujian sebenar perjuangan Pas, tambahnya lagi, banyak dirintis oleh kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang kemudiannya membawa kemewahan kepada generasi pelapis tetapi malangnya mereka yang mewarisi kepimpinan tidak mengambil iktibar daripada sejarah penuh liku Pas pada masa lalu.

6 Responses to "Menteri Besar dan Nik Amar tiada parut pun lawan UMNO."

  1. Kalau byk patut pun tapi berakhir dgn mengkhianati perjuangan Islam pun apa faedahnya..

    ReplyDelete
  2. Mb dan tmb berjuang pasal balak boleh la.
    Pastu berjuang himpun keta mewah dan tambah koleksi bini

    ReplyDelete
  3. Takde hujah ke bro.. Tak baik fitnah..kata PAN nak perjuang Islam mcm PAS! Tapi nmpk macam Islam liberal je sampai LGBT pun diredhai dan disantuni..

    ReplyDelete
  4. Takde hujah ke bro.. Tak baik fitnah..kata PAN nak perjuang Islam mcm PAS! Tapi nmpk macam Islam liberal je sampai LGBT pun diredhai dan disantuni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah apanya dgn walaun mcm hang..
      Bukan jenis phm bahasa pun..
      Hadi marang la pengkhianat paling besar..
      Sapa bagi arahan bertanding dikerusi PKR masa PRU lalu?
      Bukan 1 tapi 6 kerusi,sehingga BN menang di semua kerusi tu.

      Sapa yg jd pengkhianat bila tak hadir mesyuarat dan ponteng parlimen bila dilantik oleh org ramai sbgai adun dan ahli.parlimen?
      Bukan ke tu tuk guru pujaan hati?

      Sapa yg jd pengkhianat,bila org bermatian lawan umno,dia.berpeluk dgn umno kononnya nak jd penasihat?

      Sapa yg jd oengkhianat agama bila berbohong kononnya syeikh qardawi ada keluarkan surat mengharamkan parti amanah negara?
      Tuk guru hg bukan saja pengkhianat,malahan penipu plg besar..
      Kalau jmpa hadi marang,suruh dia keluarkan surat dari qardawi yg kononnya mengharamkan parti amanah tu..
      Takdak fakta?
      Sori la.hg tu yg bnyk auta

      Delete