MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Ustaz Nasrudin At-Tantawi bayar kos RM10,000 kepada Lim Guan Eng.

Ketua Penerangan PAS tarik kenyataan, diarah bayar kos RM10,000 kepada Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan At-Tantawi hari ini diarah membayar kos RM10,000 kepada plaintif serta menarik balik kenyataan kononnya Kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng tidak mengamalkan tender terbuka dalam Projek Terowong Bawah Tanah.

Penghakiman persetujuan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pagi tadi.

"Selepas kita menunjukkan dokumen, akhirnya beliau menerima kebenaran bahawa Kerajaan Negeri memang mengamalkan tender terbuka.

"Ini kerja Tuhan, iaitu menunjukkan kebenaran itu benar," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita.

4 Responses to "Ustaz Nasrudin At-Tantawi bayar kos RM10,000 kepada Lim Guan Eng."

  1. Pas,parti yg mengajar fitnah.
    dari hadi marang fitnah pil kuda sampai ke tontowi
    terbukti dimahkamah menfitnah LGE..
    Dulu sembang kencang tak takut diheret kemahkamah sbb kononnya dia ada bukti.
    Bukti kepala bana hg la tontowi.
    Last2 kena tarbiah dgn LGE.
    Kalau pas betul berperinsip islam,wajib cabut semua jawatan tontowi sbb memalukan islam kerana terbukti salah dan mengaku menfitnah..
    Pas,parti broka dan barua.
    Yg tinggal skrg dlm pas pun hanya lah broka dan barua

    ReplyDelete
  2. Nanti ananonymous a.k.a wan rosli jwb mana ada mahkamah kata tontowi bersalah dan mana ada tontowi ngaku bersalah..
    Ni petikan penuh..

    Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.

    Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

    "Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan.


    "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas," kata Nasrudin yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

    Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

    Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.

    Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.

    Beliau kemudian mempersoalkan mengapa Lim tidak dibidas kerana projek itu sedangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuhraya Kinrara-Damansara.

    Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut.

    "Di mana kepimpinan Pakatan dalam menegur tindakannya?" soal Nasrudin.

    Projek Kidex adalah antara sebab utama mengapa PKR yang mahu menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

    Kos projek itu dianggarkan bernilai RM161 juta dengan tempoh konsesi selama 48 tahun. -mk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada yang tidak jelas kes ini... secara ringkasnya begini:

      Ketika Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim cuba menjatuhkan Khaled Ibrahim dari kerusi MB Selangor, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Khaled Ibrahim.

      Antara yang paling lantang menfitnah ialah Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution.

      Dan atas semangat setiakawan, saling bersekongkol buat kerja jahat... DAP juga turut membantu untuk masuk campir menfitnah Khaled Ibrahim.

      Antara fitnah terhadap Khaled kononnya Lebuhraya Kidex disokong oleh Khaled kerana ialah dapat kepada Kroni Khaled, kononnya tender tidak telus.

      Ust Nasrudin Hassan atas semangat membantu golongan yang teraniaya iaitu Khaled Ibrahim, telah menulis satu artikel apa beza Kidex dengan Penang Tunnel?

      Lim GUang Eng yang merasa malu dan tercabar dengan artikel Ust Nasruddin Hassan kemudian menggugut mahu saman (biasala... ugutan si penakut).

      Tetapi tidak juga saman.

      Walaupun dicabar untuk saman, Lim Guang Eng takut untuk saman, mungkin kerana bimbang pendedahan maklumat Penang Tunnel akan membuktikan bahawa Penang Tunnel adalah satu projek yang sebenarnya yang tidka telus.

      Kalau pembaca faham dan baca berita diatas, beberapa kali Lim Guang Eng melalui Peguamnya cuba menyelesaikan kes ini menerusi penyelesaian Luar Mahkamah, yakni tanpa perbicaraan.

      Kerana apa? Kerana Lim Guang Eng takut tembelang dia bocor.

      Betul la tindakkan Ust Nasruddin Hassan tidak mahu meminta maaf kerana kalau tulisannya fitnah, barulah dia meminta maaf.

      Sekarang ni tulisannya betul, dan Lim Guang Eng tidak berani lalui perbicaraan Mahkamah.

      Delete
    2. Tidak mempunyai asas bermaksud X boleh dikaitkan dgn Penang Tunnel.. Sbg contoh kidex dimasukkan sekali dlm artikel tu yg x de kaitan dgn penang Tunnel.. Ianya cuma perbandingan tapi telah disalah faham oleh LGE..Ayat2 lain masih kekal tidak ditarik balik..

      Spt yg kita tahu PKR sudah pun minta maaf pd TSKI kerana memfitnah beliau dlm kes kidex..

      Delete