Terkini

Malaysiaku,18,675 mahasiswa tidak berduit.

SHAH ALAM - Seramai 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui tidak berduit untuk makan, demikan tinjuan bebas yang dijalankan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini.

Tinjuan yang dilakukan bagi tempoh 24 Disember hingga 28 Disember 2015 itu, dibuat dengan cara pihak (MVM) menghantar 25,632 borang kaji selidik melalui e-mail ke beberapa universiti terpilih.

"Apa yang mengejutkan, kami mendapat respon yang begitu pantas, enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)," jelas Presiden MVM, Muhammad Jantan kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Muhammad juga berkata, lebih mengejutkan apabila seramai 44 peratus atau 11,120 mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah kewangan.

"Manakala 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad berharap hasil dapatan ini tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak demi kepentingan peribadi mereka.

"Disebabkan banyak pihak mempermaikan isu ini, jadi pihak MVM terpanggil, untuk mencari jalan penyelesaian daripada semua pihak, tidak kisah dari parti politik mahupun NGO, untuk merancang bagi menangani isu ini.

"Oleh itu kita ingin menegaskan, pihak MVM bukan mahu mencetus masalah, tetapi mencari cara, dan tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi  mahasiswa," katanya.

Beberapa akhbar sebelum ini telah melaporkan mahasiswa menghadapi masalah kewangan sehinggakan mereka terpaksa mengikat perut


0 Response to "Malaysiaku,18,675 mahasiswa tidak berduit."

Post a Comment