Terkini

Najib dengan Tun Razak ibarat bumi dengan langit-Salahudin Ayub.

Respon Saya Terhadap Sambutan 40 Tahun Pemergian Tun Razak Hussin

1. Apabila saya di minta mengulas mengenai program 40 tahun mengenang pemergian Tun Razak Hussin, sejujurnya sebagai pengamal politik saya secara objektif boleh memperakui legasi beliau yang sangat besar sumbangannya kepada negara.

2. Tun Razak paling tidak pun telah dapat memberikan makna sebenarnya apa yang dikatakan pentadbiran yang berintegriti, ketelusan dalam urus tadbir negara dan hidup sederhana hingga keakhir hayat beliau.

3. Isteri beliau Toh Puan Rahah dapat memcerminkan intergriti Tun Razak yang rakyat Malaysia hingga ke hari ini dapat memberikan testimoni bagaimana pasangan ini hidup sekadar kemampuan gaji dan elaun yang mereka terima.

4. Walaupun sambutan 40 tahun pemergian Tun Razak diorkestrakan bagai gegak gempita diawan dan Dato' Seri Najib dan Rosmah Mansur cuba dikeramatkan wataknya dalam upacara penuh nostalgia ini, maaf untuk saya mengatakan secara jujur bahawa Najib dan Tun Razak sepertimana kata peribahasa melayu adalah ibarat bumi dengan langit. 

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
14hb Januari 2016
Sempena Memperingati 40 Tahun Pemergian Tun Razak

0 Response to "Najib dengan Tun Razak ibarat bumi dengan langit-Salahudin Ayub."

Post a Comment