Terkini

Persempadanan pilihanraya, BN dapat 5, pembangkang dapat 2.

Persempadanan baru yang dicadangkan oleh oleh SPR sangat mudah difahami maksudnya. PERSEMPADAN INI seperti biasa  dilakukan tanpa selindung. 

Daerah-daerah mengundi disusun sebegitu rupa supaya pembangkang menang besar hanya di beberapa kerusi sahaja, tetapi BN akan menang secara marginal dikebanyakan kerusi yang sebelum ini dimenangi oleh pembangkang.

Tindakan itu dilakukan bagi memastikan BN dapat menguasai kerajaan, di peringkat Negeri dan Pusat walaupun undi popular mereka terus mengecil.

Sistem First Past The Post (FTPT) yang pada asalnya bertujuan memastikan adanya perwakilan untuk golongan minoriti yang hanya menguasai beberapa wilayah di dalam sebuah negara yang besar, digunakan secara sonsang untuk memastikan kemenangan besar kepada parti pemerintah yang bermasalah.

Hakikatnya, sistem FPTP adalah sistem pilihanraya yang sudah ketinggalan zaman. Ia menjadi penghalang besar kepada usaha membina negara yang bersatu padu. Ia hanya mengukuhkan dogma politik perkauman dan politik bigot.

Kebanyakan negara yang berjaya melaksanakan reformasi sistem pilihanraya sudah membuang sistem FPTP ini dan menggantikannya dengan sistem yang lebih adil dan representatif.

Malangnya Malaysia bukan sahaja mengekalkan FPTP, malah menjadikannya lebih hodoh dengan amalan gerrymandering yang sangat menjolok mata.

Saya menyokong saranan agar negeri Selangor  dan Pulau Pinang mengadakan pilihanraya negeri sebelum persempadanan ini dikuatkuasakan. Persempadanan yang sedang dicadangkan ini merampas hak rakyat dan mengikis amalan demokrasi yang sihat.

Akhirnya BN dapat  5, pembangkang dapat 2.

0 Response to "Persempadanan pilihanraya, BN dapat 5, pembangkang dapat 2."

Post a Comment