Terkini

Sekarang cari dalil untuk rasmi tukun tiruan.

Sekarang cari dalil untuk rasmi tukun tiruan.
Dulu UG ditolak muktamar , sekarang matang.
Dulu  perlembagaan penjajah, sekarang minta R. O. S  ambil tindakan.
Dulu diberi bahas dan undi bajet, ada GST duduk diam-diam, berkecuali. Masa muktamar 
GST haram.

Dulu tiada hubungan G dengan G, sekarang cari dalil untuk tengok rasmi tukun ikan di pinggir laut.

Dahulu Utusan adalah akhbar yang paling dimusuhi dan dijauhi oleh Pas. Tidak saja dikempen agar diboikot kerana segala beritanya dianggap jahat dan berupa fitnah, malah acara membakar akhbar Utusan juga pernah diadakan.

Tapi, itu dulu. Bak kata bidalan, Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Dulu dibenci, sekarang disayang.

Sekarang ini, Pas bukan saja banyak diberikan tempat dalam akhbar yang semakin tak laku dan terpinggir itu, malah pemimpin Pas juga nampaknya macam begitu gembira dapat mengisi ruang di dada akhbar berkenaan.

Dulu, kata mereka Utusan akhbar fitnah. Sekarang, di dada fitnah itulah mereka turut sama-sama bermain dan mengunyah.


Kabinet PAS menghadapi PRU 14 , tiada lagi Mustapha Ali.

Kabinet PAS  menghadapi PRU 14 , tiada lagi  Mustapha Ali.
Presiden:
1. YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden: 
1. Dato' Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Naib-Naib Presiden: 
1. YB Ustaz Idris Ahmad  
2. YB Dato Haji Nik Mohd Amar Abdullah 
3. YB Dato Ar. Iskandar Abd Samad

Ketua Dewan 'Ulamak PAS Pusat (DUPP): 
1. Dato' Dr. Haji Mahfodz Mohamad

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM):
1. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM):
1. Ustazah Nuridah Salleh

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
1. Tuan Balasubramaniam

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Dipilih): 
1. YB Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 
2. YB Dato' Dr. Mohammad Fadzli Hassan 
3. Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor  
4. YB Dato' Ustaz Haji Nasuruddin Daud 
5. YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Al-Takiri 
6. Dr. Hajjah Najihatussalehah Ahmad 
7. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki 
8. YB Dr. Halimah Ali 
9. YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi 
10. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi 
11. Dr Rosni Adam 
12. Tuan Haji Razman Zakaria 
13. Dr Azman Ibrahim 
14. Ustaz Haji Mokhtar Senik 
15. Tuan Haji Kamaruzzaman Muhammad 
16. YB Ustaz Haji Abdullah Hussin 
17. Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki 
18. Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

 Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah PAS Pusat Sesi 2017-2019 mengikut portfolio-portfolio berikut:
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:

Setiausaha Agung: YB Dato' Takiyuddin Hassan 
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Lantikan):
1. Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
2. YB Ustaz Saiful Bahri Mamat 
3. Tuan Haji Mohamad Husain 
4. YB Dr. Mohd Khalid Kassim 
5. Tuan Haji Zainal Abidin Kidam 
6. Dato' Dr. Abdul Hakeem Johari 
7. Sdr Wan Rohimi Wan Daud

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB Haji Mohd Shukri Ramli 
2. Kedah: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi 
3. Perak: Tuan Haji Razman Zakaria 
4. Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff 
5. Selangor: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi 
6. Negeri Sembilan: Ustaz Haji Mustaffa Daharun 
7. Melaka: Ustaz Haji Kamaruddin Sidek 
8. Johor: YB Ustaz Haji Abdullah Hussin 
9. Pahang: YB Ustaz Haji Rosli Abdul Jabar 
10. Terengganu: Dato' Ustaz Haji Husin Awang 
11. Kelantan: YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yakob
12. Wilayah Persekutuan: Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad 
13. Sabah: Tuan Paumin @ Aminuddin Aling 
14. Sarawak: Tuan Haji Jofri Jaraiee

Naib-Naib Presiden turut diamanahkan sebagai Koordinasi Zon seperti berikut:

Zon Utara: YB Ustaz Idris Ahmad
Zon Tengah dan Selatan: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Zon Pantai Timur, Sabah & Sarawak: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.


1. Lajnah Politik dan Pilihanraya:
Pengerusi: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

2. Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 1: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

3. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1: YB Dato' Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki

4. Lajnah Dakwah:
Pengerusi: YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mokhtar Senik

5. Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan:
Pengerusi: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali
Timbalan Pengerusi: Sdr Mazli Zakuan

6. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Pengerusi: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Takiyuddin Hassan

7. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar:
Pengerusi: YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali

8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan:
Pengerusi: Dr. Hjh Rosni Adam
Timbalan Pengerusi 1: Dr Azman Ibrahim
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Norazli Musa

9. Lajnah Perpaduan Nasional:
Pengerusi: Dr. Najihatussalehah Ahmad
Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mohamad Husain

10. Lajnah Pekerja dan Pengguna:
Pengerusi: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Abdullah Hussin

11. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan:
Pengerusi: Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC

12. Lajnah Hal Ehwal Parlimen:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi: YB Dato' Takiyuddin Hassan

13. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar:
Pengerusi: Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Saiful Bahri Mamat

14. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal: 
Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Timbalan Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa

15. Lajnah Hubungan NGO:
Pengerusi: Sdr Kamaruzaman Mohamad 
Timbalan Pengerusi: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

16. Lajnah Pemerkasaan Parti:
Pengerusi: Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1: Ustazah Nuridah Salleh 
Timbalan Pengerusi 2: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki

17. Lajnah Pendidikan:
Pengerusi: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pengerusi 1: YB Dr. Halimah Ali
Timbalan Pengerusi 2: Dato' Dr. Abdul Hakeem Johari

18. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM):
Pengerusi: YB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
Timbalan Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud

19. Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengarah: Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan Pengarah: Ustaz Zaharuddin Muhammad

20. Institut Strategi PAS (ISP):
Pengarah: Dr. Mohd Khazani Abdullah
Timbalan Pengarah: YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali

21. Harakah:
Pengerusi Lembaga Pengarah: YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
Pengarah Eksekutif: Raja Dato' Idris Raja Kamarudin 
Ketua Pegawai Eksekutif: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Penasihat Editorial: YB Ustaz Nasrudin Hassan

22. KHIDMAT Malaysia:
Ketua Pengarah: YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Timbalan Ketua Pengarah: Dr. Azman Ibrahim

23. Kompleks PAS:
Pengerusi: YB Dato' Iskandar Abdul Samad

24. Pejabat Presiden: 
Setiausaha Politik: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit: Tuan Haji Zailan Mohd Daud 
Setiausaha Akhbar: Ustaz Abdul Malik Ab Razak
Pegawai Khas: Ustaz Muhammad Ismi Taib

25: Penasihat DHPP: 
Penasihat 1: YB Ustaz Haji Idris Ahmad 
Penasihat 2: YB Dato' Takiyuddin Hassan.


Ini bukan UG ,ini jemputan kepada Hj Hadi.

 

MARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri TG Hj Abdul Hadi Awang meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di sini, pagi ini.
TG Hj Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront.
Ketibaan Abdul Hadi disambut Shabery yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani.Sumber

1MDB:Najib, Nasharuddin dan Amhari , sudah 3 orang dituduh .

1MDB:Najib, Nasharuddin dan Amhari , sudah 3 orang dituduh .
Keberanian Rafizi sanggup hilang jawatan YB , menegakkan hak rakyat.Rafizi juga punya keluarga , isteri,dan anak.Tidak semua wakil rakyat seperti beliau, yang penting sehingga kini beliau terus melawan  UMNO dan BN.

TAMPIL MENJELASKAN, NAFI DENGAN AKUAN BERKANUN ATAU SAMAN?

Dalam sidang akhbar oleh Rafizi Ramli sebagai menunaikan janjinya untuk terus mendedahkan aliran wang daripada akuan peribadi Najib Razak yang dananya didakwa berpunca daripada SRC International, anak syarikat 1MDB yang memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP, tiga pihak lagi dinamakan sebagai penerimanya.

Janji Ahli Parlimen Pandan untuk meneruskan pendedahannya mengenai wang SRC International yang diterima Najib setelah sebelum ini menamakan Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai salah seorang penerimanya.

Tiga penerima yang disebut Rafizi ialah:-

Pertama, Amhari Effendi Nazaruddin, seorang penasihat di Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan berperanan membangunkan aplikasi "NajibRazak" dalam telefon pintar serta terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang antara 1MDB dengan IPIC, baru-baru ini.

Beliau didakwa menerima RM2 juta daripada Najib.

Kedua, Najib sendiri yang didakwa membelanjakan RM3.28 juta untuk pembayaran kepada sebuah kedai barang kemas di Itali. 

Rafizi mempersoalkan pembayaran itu untuk pembelian apa dan untuk siapa kerana katanya, "Najib sudah tentu tidak membeli barang kemas di Itali itu."

Ketiga, Yayasan Al-Abrar, sebuah badan yang menganjurkan program "Malaysia Berselawat" pada 7 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

Rafizi mendakwa yayasan tersebut menerima RM5 juta melalui akaun peribadi Najib di Ambank Islamic Berhad.

Nama dan jumlah wang yang diterima atau dibelanjakan telah disebut secara jelas oleh Rafizi dan ia tentunya sudah tersebar luas ke seluruh negara ketika ini, termasuk ke pengetahuan makcik Felda dan pakcik-pakcik di kedai kopi.

Sudah barang tentu juga ia sudah pun menjadi modal perbualan mereka sekarang ini.

Ini sudah bahaya!! Lalu, apa yang harus dilakukan oleh tiga nama yang disebut itu?

Setidak-tidaknya tiga pilihan harus dilakukan oleh ketiga-tiga pihak itu - tampil dengan berani menjelaskan mengenai wang tersebut, membuat akuan berkanun menafikannya atau segera menghantar surat saman kepada Rafizi.

Pilihan kini di tangan mereka?

Oppps...dengarnya Nasaruddin Mat Isa yang namanya disebut sebelum ini pun masih belum lagi menyaman Rafizi, walaupun sudah hampir dua minggu melafazkan janji untuk berbuat demikian.

Bila lagi nak saman, Sheikh? 

Dalam masa yang sama, SPRM juga harus melihat pendedahan demi pendedahan oleh Rafizi ini sebagai rangsangan untuk segera bertindak dalam erti tanggungjawab kepada negara serta takutkan Tuhan.

Tidakkah amat memalukan jika SPRM tidak berbuat apa-apa sedangkan pendedahan secara berterusan dilakukan sebagaimana dijanjikan Rafizi dan di ketika yang sama, agensi pencegah rasuah itu terus juga melakukan tangkapan demi tangkapan berkaitan kes lain di sana sini?

Kes yang sudah diletakkan di depan mata oleh Rafizi harap-harap janganlah SPRM diam dan buat tak nampak saja.
Sumber FB.

Tiada lagi Salam 1 Malaysia,yang ada Salam Negaraku.

Setiap projek ada duit.
Tiada lagi  program 1 Malaysia, yang ada program Negaraku.Tiada lagi salam 1 Malaysia, yang ada salam Negaraku.

Berapa banyak duit habis untuk  projek 1 Malaysia.Berapa banyak pula  duit habis untuk pusing satu Malaysia untuk projek Negaraku..

1 Malaysia  di bawah Perdana Menteri Najib,Negaraku di bawah Najib.Apakah ini semua projek ada "masyuk"? Nyaris-nyaris tidak tersasul Salam 1MDB.

Dulu sedia bagi Borang PAS dekat Dr Mahathir.

Apabila Dr Mahathir tak mahu masuk PAS,ceritalah semula pisau cukur,Memali,bantuan perkapita  dan macam-macam.Jika Tun Dr Mahathir   masuk PAS, baguslah sudah insaf dan bertaubat.  Adakah PAS mempunyai  undang-undang terpilih. Satu untuk mereka satu untuk orang lain. .

Ratib "DAP" Yusni Mat Piah.

Ratib "DAP" Yusni Mat Piah.
PAS DITUBUHKAN UNTUK MELAWAN DAP? 

 Musuh utama Pas pada bukanlah UMNO dan Barisan Nasional tetapi DAP' kata perwakilan PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.

Yusni berucap ketika ucapan perbahasan dasar presiden Pas di Muktamar PAS 63 di Alor Setar Kedah.

Contoh surat letak jawatan Exco Kerajaan Selangor.

Contoh surat letak jawatan Exco Kerajaan Selangor.
Kepada 
YAB Dato' Menteri Besar 
Negeri Selangor                                                                                                            1 MEI  2017

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN 

Merujuk kepada keputusan Muktamar PAS kali ke 63, yang telah mengambil ketetapan sebulat suara MEMUTUSKAN HUBUGAN TAHALUF dengan Parti Keadilan Rakyat. Maka, saya dengan ini meletak jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berkuatkuasa SERTA MERTA. 

Nama :