Terkini

Menteri Besar paling haprak-Tamrin Tun Ghafar

Klik untuk tonton dan dengar.

MENTERI  BESAR  PALING  HAPRAK

Tamrin Tun Ghafar
Isnin  26/03/18
( 1 -  23 )

1. " BIAR  MATI  ANAK , JANGAN  MATI  ADAT " - begitulah kuatnya pegangan orang Negeri Sembilan mempertahankan adat dan adab kesopanan mereka.

2.  Amat malang dan  memalukan apabila seorang yang diberi kepercayaan mengetuai negeri telah mendedahkan belang sebenarnya dengan  melanggar segala adat dan adab datuk moyang beliau sendiri.

3.  Berdasarkan Akta Hasutan, Mat Hassan dengan jelas telah melanggar Undang - Undang apabila menghasut anak - anak muda yang hadir di Majlis Gerak Gempur anjuran  UMNO/ BN di Rembau baru baru ini supaya bertindak ganas semasa kempen PRU akan datang ini.

4. Turut hadir dan
memberi sokongan  ucapan  Mat Hassan itu  yang jelas menghasut dan membakar semangat  anak anak muda yang hadir ialah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO  Malaysia, Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Beli dan Sukan.

5. Khairy bukan sahaja  sepatutnya menegur tindakan gila dan tak bertemadun Mat Hassan ketika itu, bahkan  sewajarnya  beliau menunjukkan sikap bertanggungjawab  dengan merupakan orang pertama membuat laporan polis atas  salahlaku itu.

6. Mat Hassan mungkin dah lupa pesanan ibu beliau  semasa kecil dahulu yang berbunyi "kalau tak jadi dapat garam, janganlah jadi langau”.

7. Beliau boleh mengatakan ucapan tersebut hanya gurau senda sahaja atau pun telah disalah anggap atau pun yang biasa dibuat oleh puak - puak ini ialah menyalahkan pemberita , berita palsu atau ucapannya telah diputar belitkan oleh media sosial.

8. Video yang disertakan ini adalah bukti kerakusan dan kegilaan Menteri Besar tersebut.

9.  Kita nak lihat apakah kali ini polis akan berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi menyelamatkan Mat Hassan dari dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Seremban untok didakwa atau polis akan bertindak tegas sepertimana kehendak Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri baru-baru ini.

10.  Kenyataan Zahid Hamidi bahawa polis telah mengenal pasti individu - individu dan kumpulan - kumpulan yang akan membuat kacau dan huru hara menjelang PRU ini dan TELAH  MENGARAHKAN polis mengambil tindakan tegas terhadap petualang petualang tersebut tanpa kira kawan atau lawan, seharusnya diberi pujian, melainkan ucapan beliau itu hanya sekadar  melepaskan batuk ditangga  atau menanam tebu di bibir sahaja.

11.  Jika  sekiranya Perdana Menteri berdiam diri sahaja seolah olah tidak tahu  dan tidak dengar apa yang dilakukan oleh Menteri Besar itu dan tidak  mendisiplinkannya,  maka ia adalah bukti yang PM memang menggalakkan perbuatan yang sememang nya menyalahi undang -  undang.

12. Tindakan ala samseng Mat Hassan itu mengingatkan saya peristiwa seekor babi hutan yang yang masuk Masjid dan mencederakan seorang jemaah.

13. Bagi menyelamatkan keadaan, babi hutan tersebut akhirnya  terpaksa  ditembak mati.

14. Apa yang berlaku, mungkin juga balasan ALLAH SWT terhadap beliau yang suka berpura pura - lain di depan, lain di belakang.

15. Bak kata Mufti Negeri Sembilan, mereka yang berpura - pura adalah temasuk golongan munafik.

16. Jangan kita lupa sebelum ini beliau telah terselamat  apabila kes beliau memindahkan ( transfer ) RM10 juta ke London ditutup  begitu saja.

17.  Semoga abang beliau, Azman Hassan boleh membantu terbalikkan meja demi menyelamatkan adiknya itu.

18.  Walaupun  telah meminta maaf dengan alasan umum telah salah erti tindakan beliau kerana beliau hanya berjenaka dan berbagai alasan, dan kenyataan kenyataan politik ,  dengan  harapan umum  akan memaafkan dan  melupakan sahaja tindakan beliau yang  menghasut  seperti ketua samseng itu , namum  tindakan beliau sudah terpahat di hati sanubari rakyat.

19. KALAU  TAK  BOLEH  JADI  ANGGERIK DI TAMAN, CUKUPLAH  SEKADAR  MENJADI  SEHELAI  RUMPUT  YANG  BOLEH  MENUTUP  BUMI.

20. Pada pandangan ramai Mat Hassan sudah menjadi beban kepada UMNO /BN Negeri Sembilan  seperti "Mendukung Biawak Hidup”.

21. Diharapkan tulisan saya ini dapat dibaca oleh Mat Hassan, abangnya Azman  dan mereka yang lain yang saya sebutkan namanya.

22. Semoga  adat dan  adab  Pepatih tidak dicacat-celakan oleh mereka yang tidak siuman.

23. Berani ke Zahid Hamidi mengkotakan apa yang dia cakap atau setakat omong-omong Jawa sahaja - hangat-hangat tahi ayam.

Saya yakin dalam masa terdekat ini kenyataan dari Zahid Hamidi atau Polis pasti akan membersihkan Mat Hassan dari kesalahan Akta Hasutan atau Undang-Undang yang lain.

Tulisan ini akan turut dihantar kepada PM, TPM, Ketua Polis Negara dan juga Ketua Polis Negeri Sembilan.

Terima Kasih.

2 Responses to "Menteri Besar paling haprak-Tamrin Tun Ghafar"

  1. Dia cakap elok-elok dah, tapi mikrofon itu yang sabotaj memandai-mandai ubah perkataan, itu la pasalnya...
    Kah kah kah......

    ReplyDelete
  2. sombong dan takbur sbb dikelilingi olih lembu dan langau lapar nak makan utk hidup...hilang kuasa umpama bunuh diri...???

    ReplyDelete