Terkini
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Menteri balik dari Turki tak payah kuarantin.Dia kebal.



 Nama lagi kerajaan tebuk atap.Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara.Rakyat perlu.Jika tidak boleh di kompaun RM1000.00.Menteri Kerajaan Tanpa mandat rakyat mana ada rasa bersalah,mereka semua betul.

Gelak besar-besar Najib Razak,ada masa lagi!

Najib Razak  didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Tak sempat diludah tok guru ,Setiausaha PAS!

  Wau,sejak 2015 lagi PAS-UMNO MULA BERPAKAT?2008 kes di Perak macam mana pula.

"Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden,” kata Takiyuddin .. ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu

Nak bergabung dengan UMNO semua orang tak kisah pun,Tapi menipu itu orang tak boleh terima.Sudah jadi kerajaan TEBUK ATAP baru mahu "isytihar" buat kerja lama dah! Cuma takut kena ludah dengan Tok Guru Nik Aziz ,senyap sahaja, Tunggu 2020 mahu mencatat sejarah.
 

Keputusan kekosongan Kerusi DUN Manung dan Rungkup, Rabu ini.

Keputusan kekosongan Kerusi DUN Manung dan Rungkup, Rabu ini.
TAIPING- Rabu ini ,22 Julai,keputusan samada berlakunya kekosongan kerusi DUN Rungkup dan Manung oleh Mahkamah Perrsekutuan Putrajaya.

Keputusan dijangka didengari pada pukul 9.00 pagi.

Kes calon UMNO bukan pemastautin tetap negeri Perak melanggar undang undang tubuh kerajaan negeri Perak...


PAS Perak mungkin tanding 59 kerusi DUN ,PRU14 -Razman Zakaria.

PAS PERAK menurut Haji Razman Zakaria melalui  akaun Facebook  milik peribadinya menulis kemungkinan PAS Perak bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU 14 nanti.

Jangan panggil G18, ini nama kumpulan gengster.

Jangan panggil G18, ini nama kumpulan gengster.
Panggil kami Harapan Baru atau Xin Xi Wang.

"Kami juga tidak mahu dikenali sebagai G18. Ia seperti panggilan nama kumpulan gengster terkenal di Pulau Pinang. Semasa saya kanak-kanak, G18 adalah kumpulan gengster yang menakutkan," kata YB Dr Mujahid,merujuk kepada nama tidak rasmi yang diberikan kepadanya dan 17 pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan parti itu bulan lepas.

Dr Mujahid berkata, "harapan baharu" pergerakan itu kini sudah berkembang lebih besar daripada hanya 18 kepada mereka yang datang daripada kumpulan serpihan PAS, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang ditubuhkan tahun lepas.

Beliau berkata bersama mereka adalah NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia, institusi dan ahli masyarakat sivil yang berkongsi visi dan aspirasi mereka.




Kes Tebang Balak Kelantan:News Straits Times dan Berita Harian kena bayar saman RM150 ribu kepada Yb Ngeh dan Yb Nga

Kes Tebang Balak Kelantan:News Straits Times dan Berita Harian kena bayar saman RM150 ribu kepada Yb Ngeh dan Yb Nga
KUALA LUMPUR, 2 MEI: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan News Straits Times Press (M) Berhad, Berita Harian dan wartawannya Ramli Ibrahim membayar saman RM150,000 kerana memfitnah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.

Mahkamah dalam penghakiman 30 April lalu mendapati laporan bertajuk ‘Hutan Sungai Relai gondol, penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimpin DAP’ yang disiarkan Berita Harian pada Disember 2012 ternyata tidak benar.

Laporan tersebut menuduh Ngeh dan Nga diberikan tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi memujuk mereka bersetuju melantik Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008..

Laporan tersebut turut mendakwa bahawa mereka terlibat dalam pembalakan di Hutan Simpan Sungai Relai yang mengakibatkan pencemaran Sungai Relai selain mengangganu kehidupan penduduk setempat.

Penghakiman turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri Kelentan tidak pernah memberikan tanah kepada kedua-dua pemimpin DAP Perak tersebut.

“Pengambilalihan Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang memiliki tanah usahasama seluar 10,526 ekar dilakukan bersama 100 pemegang saham, dan merupakan transaksi komersial dalam pasaran terbuka,” jelas Ngeh dalam satu kenyataan mengulas penghakiman terbabit.

Beliau turut menjelaskan bahawa mahkamah mengesahkan bahawa syarikat-syarikat mereka tidak terlibat dengan aktiviti pembalakan, dan hanya melakukan aktiviti penanaman semula.

“Upayapadu Plantation Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam melakukan penanaman semula di tanah terbabit.

“Malah Jabatan Alam Sekitar melalui surat pada September tahun lalu merakamkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana memenuhi kesemua syarat-syarat penilaian kesan alam sekitar (EIA)” jelas Ngeh lagi.

Tambah Ngeh, kebebasan media tidak bermakna media bebas untuk menyebarkan pembohongan.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik, kami bertanggungjawab memastikan orang ramai tidak dikelirukan dengan pembohongan,” ujar beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP. – Roketkini

Akhshay Singh Deo the next Tiger of Jelutong

Akhshay Singh Deo took to the microphone this evening and said: “I’ll be the next Tiger of Jelutong!”(klik) -