Terkini
Showing posts with label man katak. Show all posts
Showing posts with label man katak. Show all posts

Changkat Jering dianaktiri,20 tahun jalan tak pernah diturap.

Changkat Jering dianaktiri,20 tahun jalan tak pernah diturap.
CHANGKAT JERING - “Setiap kali ditanya, pasti jawapannya tiada peruntukan untuk naik taraf jalan,” kata Ketua Kampung Larut Ulu,(DUN Changkat Jering) Tajei Hussin.

Menurutnya, sampai bila penduduk mahu menunggu jalan diturap semula untuk jaminan keselamatan mereka.

“Terdapat beberapa jalan di kampung ini yang perlu diturap semula kerana tidak pernah diturap sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Tajei berkata, setiap tahun, pihak berkenaan masuk ke kampung dan menjalankan kerja menyukat jalan tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan dilakukan.

“Bagaimanapun, apabila ditanya kepada pihak berkenaan mereka memberitahu bahawa tiada peruntukan.

“Takkan setiap tahun berikan jawapan yang sama. Lebih baik mereka tidak masuk untuk menyukat,” katanya.

Beliau berkata, penduduk sering bertanya mengenai hal itu dan dia sendiri tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu diberikan.

“Kita selalu baca dalam surat khabar, kerajaan memberikan pelbagai peruntukan tetapi dalam hal ini, kami terpaksa menunggu lama.

“Jika peruntukan diberikan kepada kawasan lain, takkan setiap tahun permohonan kami, jawapannya tiada peruntukan,” katanya.

Katanya, jika dahulu penduduk menggunakan motosikal untuk keluar masuk ke kampung tetapi kini semuanya mempunyai kereta dan jalan sedia ada kini sudah tidak sesuai dilalui.

“Diharap beberapa jalan di kampung ini dapat diturap semula kerana sudah berlubang dan menyukarkan penduduk.

“Setakat ini, belum berlaku kejadian tidak diingini, langkah pencegahan perlu diambil sebelum penduduk ditimpa masalah lain,” katanya.

Winnable dan likeable ,buat Ketua Bahagian Kempunan.

Winnable dan likeable ,buat  Ketua Bahagian Kempunan.
Kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti menjanjikan yang terbaik dengan menggunakan istilah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yakni winnable dan likeable candidate sebagai asas memilih calon BN.


Lantas kerusi Dun Changkat Jering bukan kerusi yang selamat buat BN.Bukan juga kerusi yang selesa untuk PR.Tetapi kena gayanya Changkat Jering satu DUN paling selamat buat PR.


Jika pandangan Zambry dan Najib diambil kira.Osman Jailu pasti melopong dan Ketua atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang juga kelihatan sudah melepas.Calon bukan pimpinan mungkin terpilih sebagai calon BN di Parlimen Bukit Gantang dan juga DUN.


Kes rasuah:Osman Katak diarah bela diri.

Kes rasuah:Osman Katak diarah bela diri.
IPOH 23 APRIL : ADUN lompat Behrang yang disumpah pengundi , Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah. Sementara ituADUN lompat Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Yang Arif Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman perlu membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula Jumaat,22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dianggap bernasib baik ,wakil lompat ini dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.


Mungkinkah ini Osman Jailu- berkepit bini muda ?


Kita mendengar sudah lama ADUN Katak Osman Jailu berbini banyak.Osman Jailu guna Pengawal Keselamatan. Berjalan dalam DUN bercermin mata gelap.

Pegawai-pegawai dia di pusat khidmat,selalu bagitahu penduduk ,Ahli Parlimen banyak duit ,kalau hendak pi pusat khidmat DS Nizar.

Osman Jailu kalau ziarah penduduk waktu orang kampung tiada atau waktu gelap dan malam.Pegawai khas dia pun tumpang semangkuk.Osman Jailu balik Changkat Jering celum-celam pun mereka dapat sedikit hadiah.
sumber foto:blog mso

Osman Jailu Terus Berkuasa dia boleh marah YB Rosli?

Osman Jailu  Terus Berkuasa dia boleh marah YB Rosli?
Kita diberitahu orang kampung, Osman Jailu telah memarahi Rosli Husein kerana mengganggu DUN Changkat Jering.

Menurut Setiausaha JKKK ,beliau melihat Osman tidak akan hadir program di Changkat Jering jika YB Trong turut hadir.

Bagi Osman beliau penentu kerajaan.Osman mahu terus bertanding dalam PRU 13 menurut satu sumber .Jadi Osman berusaha untuk buat perjanjian dengan UMNO Bukit Gantang,jika mahu terus memerintah Perak ,dia mesti bertanding dalam PRU 13,dakwa sumber yang tidak mahu nama disebut.Jika tidak sidang Dun 3 Ogos ini macam-macam boleh berlaku?

Seorang penduduk kampung memberitahu jika Osman yang berjanji dengan orang kampung,Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian tidak akan membantu.Tetapi jika terus melalui Pusat Khidmat Trong,di Jalan Simpang,Taiping,YB Rosli pasti layan.

Masalahnya Rosli terus mengganggu Osman.Dakwa seorang JKKK yang kita kenal rapat Osman pernah menyindir YB Rosli,jikalau tidak kerana dia Rosli boleh gigit jari dan tidak merasa apa-apapun.Osman berbangga dengan khianat dia dengan rakyat.Dia seolah tidak terasa ,kerana doa orang yang mengundi dia tidak dimakbul Allah s.w.t. dakwa JKKK dalam Dun Changkat Jering.

Siapa Tok Guru Yang Boleh Beri Amaran Tujuh Hari Kepada Osman Jailu.

Siapa Tok Guru Yang Boleh Beri Amaran Tujuh Hari Kepada Osman Jailu.

Seorang pengundi mencadangkan rakyat atau pengundi Dun Changkat Jering juga membaca yassin dan solat hajat khusus untuk penjatuh sebuah kerajaan sah Osman Jailu.

Pengundi itu mencadangkan beri nasihat dalam tempoh 7 hari untuk Osman Jailu bertaubat dan kembali kepada PR atau meletak jawatan sebagai wakil rakyat Changkat Jering.

Jika masih berdegil kita rakyat solat hajat dan baca yassin tujuh hari.Semoga doa kita didengari dan Osman menerima balasan setimpalnya,kata pengundi itu lagi!

Kita menunggu siapa Tok Guru itu yang ingin memulakannya.Masih belum terlambat!

OSMAN JAILU UMPAN DUIT-kata P.A Osman

Osman Jailu dalam keadaan senyap bertemu seorang pimpinan PAS Cawangan,memberi bantuan.Pemimpin itu teruk dibelasah dalam mesyuarat.

Osman akan berkempen PAS kini telah menerima dia.

Jikalau kita bersembang dengan P.A yang dibayar gaji RM600.00 yang juga Ketua Kampung,P.A itu menyatakan Osman itu tetap menyokong perjuangan rakyat.Osman tidak bermusuh dengan PAS.

P.A itu kalau bertemu kita,tetap menyatakan Osman selalu tolong rakyat.P.A ini ahli PAS ,tetap mengaku ahli PAS.Dia tidak tahu dia menolong pengkhianat rakyat.Dia tetap menyatakan Osman dan dia menyokong perjuangan Islam.

P.A ini juga menyatakan jikalau Cikgu hendak minta tolong dengan Osman,dia sanggup uruskan.

Osman Kau Tetap Bersalah Menjatuhkan Kerajaan Sah Rakyat.


Osman Jailu yang masih belum habis bicara .Kita pun hairan satu tahun rampasan kerajaan rakyat,perbicaraan seolah ditangguhkan.

Walaupun kita mengetahui melalui juak-juak Osman Jailu menyatakan YB Kapten Osman tidak bersalah,kita tetap mengatakan Osman Jailu pengkhianat Nombor Satu!

Kita tahu sejak dipilih sebagai calon,kita diberi maklumat oleh rakyat watak sebenar Osman Katak!

Rata-rata menyatakan Osman tidak boleh dipercayai.Rakyat yang memberitahu satu kompeni,satu sekolah dan satu kampung.Semuanya menyatakan PKR silap pilih calon.Tetapi menyatakan itulah pilihan PKR.

Semuanya semakin jelas apabila mereka terperangkap dengan nafsu dunia,rasuah dan sadekah seks.Dari situ mereka mula dibeli dan akhirnya jelas menjadi WAKIL RAKYAT mengkhianati amanah.

Cuba bayangkan ciri-ciri pengkhinat sudah mula kelihatan ,Osman tidak pernah bersolat Jumaat dalam Dun Changkat Jering.Dialog rakyat tidak pernah mahu hadir.Cari alasan sibuk dengan program kerajaan.Di samping itu SB menjadi teman rapat dan teman minum.Semasa terdapat program bantuan dermasiswa rakyat,YB Tai Sing Ng menyatakan Osman sibuk.Tarikh itu beliau ditangkap buat maksiat di Pulau Pinang.

Semasa mesyuarat penentuan calon Ismail Yusof dari PKR menyatakan calon kita yang terbaik.Cawangan kita yang terbanyak.Jentera kita semua peti undi.Semuanya PKR bagus.Tetapi sebenarnya jentera PAS yang bergerak.Semua yang mengaku PKR kuat ,telah masuk UMNO dan dapat habuan Osman Jailu.

Bagi kita pengundi sudah muak dengan PKR .Sudah tentu kita salah seorang pengundi itu.Jika hendak PR Menang di Changkat Jering,PAS mesti bertanding!

Osman kita tidak akan maafkan kamu!Pengkhianat sebuah kerajaan sah.