Terkini

Debat Zambry dengan Nizar -Pemuda PAS Perak.

IPOH: Pemuda PAS Perak merasakan intipati ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di dalam Konvensyen Umno Negeri Perak baru-baru ini yang menyahut ‘paluan perang’ Pilihan PRU13 ibarat ‘tin kosong’ semata-mata.


Setiausahanya, Salman Saleh berkata, dakwaan BN Perak yang dikatakan mendapat sokongan penuh dan disukai akan dapat dibuktikan dengan pertemuan Dato’ Seri Zambry satu pentas bersama Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.


Katanya, menemukan kedua-dua tokoh ini ini seperti debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang baru-baru ini akan memberi anspirasi kepada rakyat khususnya di Negeri Perak.


“Kami ingin melihat inspirasi kedua-dua tokoh ini di atas satu pentas mambawa harapan rakyat negeri Perak bagi meneruskan pemerintahan menjelangnya PRU13 nanti,” katanya dalam kenyataan kepada Harakah 23 Februari lalu.


Menurutnya, ini akan dapat membuktikan pemimpin mana yang mempunyai keberanian berhujjah dan menyatakan wawasannya untuk negeri di khalayak rakyat jelata.


Adakah BN Perak sudah berubah selepas kejatuhan pada PRU12 dahulu? Adakah isu kepentingan ahli keluarga dan kroni masih menular di dalam BN Perak sekarang?


Ini sebahagian persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry dan seharusnya beliau tidak berdolak-dalih untuk bersemuka dengan Datuk Seri Nizar di atas satu pentas,” ujarnya.


Tambahnya, rakyat Perak khasnya ingin melihat wawasan kedua-dua tokoh tersebut di atas satu pentas dengan melontarkan pandangan masing-masing demi mengembalikan keyakinan rakyat termasuklah masyarakat antarabangsa.


“Walaupun pelbagai tuduhan tidak berasas kepimpinan Dr Zambry yang ingin mencalar imej Pakatan Rakyat khususnya PAS sejak awal mengambil alih pemerintahan selepas ‘rampasan kuasa’ dahulu dan ingin mendedahkan penyelewangan, tetapi berita yang jelas tidak berasas tersebut tidak terjawab sehingga kini.


Jadi, kami serahkan kepada Dr Zambry untuk menerima tawaran bersemuka ini,” tegasnya.

0 Response to "Debat Zambry dengan Nizar -Pemuda PAS Perak."

Post a Comment