Terkini

25 Ogos pengundian DUN Permatang Pasir:Pas Kawasan Bukit Gantang Akan Hantar Petugas Terlatih.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.(sumber Malaysiakini)

YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,menegaskan akan menghantar petugas terlatih untuk membantu jentera Pilihanraya Perrmatang Pasir.

"Kita mempunyai jentera yang berpengalaman dan bersedia untuk bertugas sepenuh masa dan giliran"tegas Ustaz Nordin.

"Kami menunggu arahan JPN Perak" ujar Ustaz Nordin

0 Response to "25 Ogos pengundian DUN Permatang Pasir:Pas Kawasan Bukit Gantang Akan Hantar Petugas Terlatih."

Post a Comment