18 Ogos- Banjir telah berlaku di Kampung Senduk Ulu dan Kg Kolam Panas ,Bt 9 ,dalam Dun Kuala Sapetang.
YDP telah meminta Setiausaha Kawasan ,Sdr Fadhil Idris yang juga Pegawai Khas DS Nizar untuk melihat perkembangan.
Banjir yang melanda kampung tersebut setiap tahun,dikatakan ini paling tinggi paras air,sehingga lutut.
Bantual awal yang diberi berupa nasi goreng bungkus.Esok Ketua Kampung PR akan membuat bancian,untuk pihak sekretariat parlimen menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
YDP Ustaz Nordin,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Roslan Talib serta Unit Amal diketuai Sdr Damanhuri(Damak) telah membantu penduduk sehingga 1.00 pagi.
0 Response to "Pasukan Parlimen Bukit Gantang Diketuai YDP Ustaz Nordin Bantu Mangsa Banjir"
Post a Comment