Terkini

5 November Nizar Menang kes bubar DUN Perak

Bersama DS Nizar,satu hari suntuk,bagi kita agak memenatkan.Namun DS Nizar tidak begitu.Malah beliau bertanya selepas ini program apa yang berlangsung.

Menemui rakyat dalam 10 program bermula pada pukul `10 pagi ,menyampaikan bantuan kepada orang miskin masyarakat India di Trong.Program hanya berakhir pada pukul 11.45 malam sebaik ceramah penerangan DS Nizar selesai dijelaskan kepada rakyat di Taman Mewah Kamunting.

DS Nizar mementingkan rakyat,jikalau servis Pusat Khidmat tidak memuaskan,beliau akan bertanya khabar.Sudah tentulah YDP Kawasan Ustaz Nordin Jaafar yang akhirnya memantau pergerakan Pegawai Khas Nizar.

DS Nizar tidak gila kuasa.DS Nizar tidak jual tanah kerajaan atau tanah orang Melayu.Cuba kita
lihat bandar-bandar berapa banyak tanah kerajaan yang dijual UMNO/BN kepada Cina BN kaya.

Lihatlah bandar Taiping,berapa banyak bangunan hak milik Melayu.Malah tanah kerajaan yang dahulunya Quaters Kerajaan ,kini didirikan Taman Perumahan dan Bangunan Kedai.Siapakah pemiliknya,sudah tentulah orang bukan Melayu.

Isu boneka dan jual tanah kerajaan menjadi bahan kempen UMNO di Bukit Gantang.Cuba kita bayangkan Masjid Tengku Menteri,Matang yang berusia 140 tahun seringkali ditenggelami air.Tukang karut UMNO masih meminta masyarakat Matang meminta bantuan DS Nizar.

Sepatutnya merekalah yang berusaha ,kerana Masjid Tengku Menteri,Matang warisan sejarah.

Bagi UMNO Nizar satu lambang yang perlu disekat pengaruhnya di Bukit Gantang.Nizar kini berada ditengah rakyat.

19 Oktober persidangan Dewan Rakyat bermula DS Nizar akan mengutarakan hasrat rakyat Perak."Kembalikan hak rakyat,bubarkan DUN Perak"kata DS Nizar.

"5 November menang kes di mahkamah,saya akan mengadap SPB Sultan Perak untuk mohon perkenankan pembubaran DUN Perak"kata DS Nizar.

"Rakyat perlu diberi kuasa memilih kerajaan yang kuat"tegas DS Nizar.Apa yang kita faham DS Nizar tidak gila kuasa."Sesiapa sahaja yang dipilih rakyat semasa Pilihanraya Baru Perak ,kita harus hormati"kata DS Nizar.

Pada hemat kita,jawatan tidak penting bagi DS Nizar,apa yang penting hak rakyat perlu dikembalikan.

0 Response to "5 November Nizar Menang kes bubar DUN Perak"

Post a Comment