Terkini

Perlawanan rebut Piala Nizar


KUALA KANGSAR - Persatuan Bola sepak Perak (Pafa) dalam perancangan menganjurkan Satu perlawanan bola sepak merebut Piala Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dijangkakan bermula pada awal Disember depan.

Perlawanan tersebut melibatkan semua daerah dan daerah kecil di seluruh Perak dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan.

Pengerusi pertandingan, Abd Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua ahli gabungan Pafa.

Menurutnya, perlawanan berkenaan sudah lama dirancang tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah politik yang melanda baru-baru ini.

“Dijangkakan 16 gabungan akan menyertai perlawanan ini dan akan dipecahkan kepada empat kumpulan.

“Jika tiada masalah perlawanan pertama akan bermula hujung November depan dan ia akan diadakan setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Katanya, tujuan penganjuran pertandingan itu ialah untuk menghargai jasa dan sumbangan Nizar sebagai presiden Pafa dan mengeratkan lagi hubungan ahli gabungan Pafa di semua daerah yang terlibat.

“Selain menghargai perkhidmatan dan jasa presiden Pafa, kita mencari pelapis dan bakat-bakat baru dalam arena bola sepak.

“Mereka yang berkelayakan akan diketengahkan ke perlawanan yang lebih tinggi kelak,”katanya.

Pihaknya turut berharap semua daerah yang terlibat dapat membuat persiapan awal untuk berdepan perlawanan itu.

“Kami juga mengharapkan perlawanan ini akan mendapat sambutan hangat daripada semua gabungan terlibat.

“Dijangkakan perlawanan ini akan berlangsung secara berterusan dan tamat pada Januari 2010,” katanya.
-sumber sinar harian

0 Response to "Perlawanan rebut Piala Nizar"

Post a Comment