Terkini

Politik Malaysia dah jadi 'kartun popeye' - Speaker Sivakumar


BAGAN PINANG, 7 Okt - "Jika pemimpin yang dipilih adalah orang yang terlibat dengan rasuah, mana mungkin rakyat akan terbela dan terjaga kebajikannya". Pengundi N.31 Bagan Pinang sekali lagi diingatkan agar memilih calon yang berintegriti dan bersih dari rasuah sebagai pemimpin.

Peringatan yang diberikan Speaker sah DUN Perak, YB V. Sivakumar itu sewaktu beliau menyampaikan ceramah kempen bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Eastern malam tadi.

"Satu undi untuk Mat Isa ( Isa Samad ), bermakna satu undi untuk rasuah," tegasnya disambut oleh sorakan gemuruh oleh hadirin.

"Kita kena takut pada tuhan untuk beri undi kepada orang yang masih dilabel rasuah,

"Kita kena undi orang yang alim, bebas rasuah dan yang utama pemimpin yang memperjuangkan kehendak rakyat," tegasnya menyatakan peri pentingnya para pengundi di Bagan Pinang untuk memberikan undi kepada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar pada 11 Oktober nanti.

Dalam majlis yang sama, V. Sivakumar turut mengambil peluang menjelaskan tindakan zalim Umno-BN yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Beliau menyelar tindakan BN yang menyalahgunakan dan mempersendakan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan dalam melakukan rampasan kuasa Februari lalu.

"Untuk rekod, Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah," jelas beliau.

Menurutnya, apa yang lucu apabila BN menafikan pemakaian Artikel 72 itu, untuk bertindak mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya di mahkamah.

Namun, apabila Speaker DUN Perak menfailkan injuksi terhadap keputusan mahkamah tersebut, mahkamah telah menolak permohonan tersebut atas dasar Artikel 72 tersebut.

Jelaslah disini, bahawa BN yang sengaja mempermainkan undang-undang negara demi kepentingan peribadi mereka.

Dalam keasyikan penjelasan isu tersebut, suasana gamat seketika apabila salah seorang hadirin menyampuk "Dah jadi macam kartun popeye lah..!"

"Memang betul, politik Malaysia dah jadi macam kartun popeye," sokong Sivakumar.

Ceramah yang diadakan malam tadi dihadiri hampir 1,000 orang yang majoritinya masyarakat India di kawasan sekitar.

Turut sama berucap dalam majlis tersebut, ADUN Gombak, YB Azmin Ali; Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

team IT Pas.Prk Bagan Pinang

0 Response to "Politik Malaysia dah jadi 'kartun popeye' - Speaker Sivakumar"

Post a Comment