Bukit Gantang 8 November- Bertempat di Simpang Halt semalam telah diadakan satu program bersama masyarakat India dan penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima dikalangan masyarakat India yang serba kekurangan.Turut serta dalam Majlis tersebut ialah Dato' Mohd Akram dan juga rakan-rakan. Beliau yang hadir mewakili Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Larut,Matang dan Selama yang mana PBSM ini juga turut berbesar hati memberikan sumbangan keperluan kepada penduduk setempat.Acara cabutan bertuah juga turut diadakan.
Selepas itu Dato Seri Nizar mengadakan lawatan Ziarah ke Sekolah Agama Al-Mulkan di Matang.Beliau hadir bagi bertanya khabar dan bertanyakan perkembangan terkini pembinaan bilik darjah bagi keselesaan pelajar-pelajar disana.
Dato Seri kemudian hadir bagi bersama-sama dengan jemaah menunaikan solat maghrib di Surau Al-Munawwarah,Kemunting.Beliau juga turut menyampaikan Tazkirah Maghrib disana.Antara isi penyampaian beliau mengajak semua yang hadir untuk kembali kepada satu fitrah yang asal iaitu sentiasa membesarkan kekuasaan Allah swt dan jangan sekali-kali meletakan segala pujian kepada manusia.Beliau juga turut mengingatkan kepada semua untuk tidak sekali-kali mensyirikan Allah swt dalam apa jua keadaan.
Selepas itu Dato Seri hadir dalam satu program ceramah di Kemunting.Sewaktu perjalanan ke sana kami diberitahu bahawa satu sekatan jalan raya bagi menghalang Majlis tersebut telah dibuat dan ketika Dato Seri sedang berucap sekumpulan anggota Polis tidak beruniform hadir dan menyuruh agar ceramah tersebut dihentikan.Walau bagaimanapun ia tetap diteruskan sehinggalah Dato Seri habis berucap dan Beliau ke lokasi terakhir di Selama.
sumber Perakexpress
0 Response to "Polis berpakaian biasa ganggu DS Nizar berucap."
Post a Comment