Terkini

TG Nik Aziz- Isu Bai'ah digembar-gembur pihak anti Islam


JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.

Menurutnya, golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut adalah 'mereka yang tiada kerja'.

“Pas sekarang dalam keadaan tenang dan mereka ini sengaja melakukan perkara-perkara pelik disebabkan tiada kerja yang hendak dilakukan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya.
sinar harian

0 Response to "TG Nik Aziz- Isu Bai'ah digembar-gembur pihak anti Islam"

Post a Comment