Ustaz Noordin Jaafar,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Zainuddin sedang mendengar ucapan Tok Guru Haji Hadi.
Presiden dan Timbalan Presiden.
Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.
“Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan,” ujarnya.
Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.
Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.
“Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.
“Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini,” katanya lagi.
Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.
“Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?
“Ini punca sikap jahil terhadap agama Islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik,” katanya lagi.
Lebih 500 pemimpin PAS khususnya jentera penerangan di segenap peringkat hadir menyertai taklimat anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat hari ini.
Mereka terdiri dari Ahli Majlis Syura Ulama, AJK Pusat, pimpinan dan AJK Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah, Ketua dan Setiausaha Penerangan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, AJK Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.
Program sehari ini antara lain membentangkan secara khusus isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Dalam program ini juga semua jentera penerangan akan didedahkan cara berdepan dengan beberapa isu yang dimanipulasi media dan parti pemerintah.
Mereka juga akan dibentangkan isu-isu nasional dan isu-isu di sekitar negeri Pakatan Rakyat sama ada Kelantan, Kedah, Selangor dan termasuk juga isu Perak.
Program hari ini jugaberakhir jam 5.30 petang ini dengan perasmian penutup disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
0 Response to "Kita kena bekerja menerang,itu tugas kita-Ustaz Idris Ahmad"
Post a Comment