Terkini

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” adakah PR bersedia!

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

Apabila kita membaca petikan kata-kata DS Nizar seperti yang dilaporkan harakahdaily itu,kita mendoakan 9 Februari satu hari yang mengembalikan semula kepercayaan rakyat ke atas sistem kehakiman negara.

PR mesti terus bekerja walau apapun yang berlaku sebaliknya.PR perlu gerakkan sumber yang ada. Contohya jika berlaku pilihanraya ,calonnya mestilah yang terbaik.Bertanding kali ini untuk membentuk kerajaan,bukannya sasaran untuk 6 kerusi sahaja.Hatta jika perlu bertukar kerusi pun PR kena fikirkan.

PAS mungkin boleh meletakkan calonnya di kawasan campuran pelbagai kaum.Kita sudah mempunyai Himpunan Penyokong PAS.Kalau mungkin kita bertanding di Dun Kuala Sapetang,mungkin PAS mampu mengetengahkan calonnya.Ingat kuasa undi Melayu juga tinggi di sini.Kita tidak boleh beranggapan letak batu atau kayu pun kita boleh menang.Ingat rakyat tahu wakil rakyat mereka bekerja atau tidak.Ingat rakyat tahu parti-parti PR mendekati rakyat atau tidak.

Dengan tambahan pengundi baru di Perak ,PR perlu berlipatganda usaha,jika boleh 1000 peratus bukan setakat kita kaya dengan isu.

Kita masih tidak nampak usaha PR untuk menarik kembali sokongan orang Melayu.Kadar 7-8 peratus pengundi Melayu yang sudah beralih arah perlu diteliti.Jelaskan kepada Majlis Pimpinan Rakyat Kawasan Parlimen,kawasan yang perlu digempur.

Jentera Penerangan Sekretariat perlu melaksanakan amanah. Kalau sekadar berita dalam blog,masyarakat Melayu pedalaman bukannya mempunyai akses internet.Contohnya kita di Dun Trong,Melayu di Permatang Raja,Sg Tinggi pengetahuan rakyat masih bersumberkan media arus perdana.

Kita juga masih tidak melihat gerakerja pemuda dan wanita PR Perak "all out".PR perlu pimpinan yang membela rakyat.Kita mahu DAP bela Melayu,PAS bela Cina dan India begitu juga PKR.PR juara membantu rakyat,bukan hanya bertindak apabila tersiar di akhbar.Kita mendahului BN dalam mendekati rakyat.

Dalam pada itu kita mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Perak yang menganjurkan Hempap pada 31 Januari ini.Tahniah pemuda melangkah gagah mempertahankan demokrasi Perak.

0 Response to "“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” adakah PR bersedia!"

Post a Comment