Sepol mengaku"buat fitnah" di "anu kan" pada 26 Jun, tetapi menurut DSWA esoknya 27 boleh bersama dengan mereka.Kita pun hairan hendak mohon biasiswa tetapi tak cerdik,dapat pula jumpa Najib!Kelihatan Sepol tukang bancuh kopi melayani Kelab Anwar Ibrahim pada 27 Jun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.
Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.
Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.
Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya.
"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.
Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.
Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan kira-kira dua minggu lepas.
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.
Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar di internet - ketiga-tiganya hari ini menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar.
Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.
Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.
"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."
Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.
Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.
Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.
Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.
"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".
"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan alamat pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."
Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.
Sementara itu, sumber di kampus lamanya memberitahu, beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi dan dekat dengan kerajaan dalam majlis pelajar tersebut.
Di kampus itu, ahli-ahli MPP lazimnya tidak condong kepada mana-mana kumpulan politik, tambah sumber.
Mohd Saiful juga pernah mengajak beberapa rakannya menyertai Umno.
"Dia pernah mengajak saya menyertai Puteri Umno. Saya terkejut juga pada mulanya," kata sumber, yang mengenalinya.
Kata sumber lagi, sikap Mohd Saiful yang pro-Aspirasi kelihatan lebih ketara selepas pulang menghadiri seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Filipina penghujung Januari tahun lalu.
Seminar di luar negara itu disertai oleh pemimpin mahasiswa institusi pengajian tinggi dan swasta yang terpilih dari seluruh negara.SUMBER

0 Response to "DSAI HATI-HATI DENGAN SAIFUL!"
Post a Comment