Terkini

Zaman UMNO perintah Pulau Pinang Melayu Nombor 1.!


Sdr Lim Guan Eng pemimpin yang ingin mengikuti pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.Namun UMNO tidak menyukainya.UMNO tahu jikalau Sdr Lim Guan Eng memerintah mengikut acuan Islam ,Umno akan berkubur tanpa batu nesan.

Kita sudah merdeka hampir 53 tahun.PR baru mentadbir Pulau Pinang,Kedah dan Selangor baru dua tahun.Sudah tentulah pencapaian dan kekurangan tetap wujud.

Di samping kita juga tahu terdapat mereka yang duduk dalam pentadbiran negeri membuat kerja tidak cekap dan banyak birokrasi.

Sewaktu BN memerintah Pulau Pinang,Ketua Menteri tetap bangsa Tionghua.Kalau ikut Nasir Safar kaum pendatang!Semasa Umno majoriti pun ,Umno pun tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri,ke mana Melayu lari untuk membeli tanah.Bukankah mereka kini banyak menetap di Kedah.Siapakah ambil tanah Sekolah Agama Al Masyhur Pulau Pinang,kini menjadi komplek Komtar.Banyak lagi UMNO buat,bukan setakat Pulau Pinang.Nantilah kita bincang bagaimana UMNO sampai sekarang tidak mengganti Tanah Reserve Melayu di Perak!

Sekarang kita baca berkaitan Pulau Pinang membangun di bawah PR.!

Hasil negeri(sumber)

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Peruntukan Untuk Institusi Islam

Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kontraktor Melayu tidak diabaikan

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat dinegeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.

0 Response to "Zaman UMNO perintah Pulau Pinang Melayu Nombor 1.!"

Post a Comment