Terkini

Terkenang Pilihanraya-Rumah Allahyarham Cikgu Mat Jali Tempat Ceramah.


DS Nizar sempat melawat Allahyarham pada 31 Januari pada pukul 8.38 pagi di Hospital Taiping.

Seorang lagi orang kuat Pas peringkat cawangan kembali ke rahmatullah.Saya mula mengenali Cikgu Mat Jali sejak pilihanraya kecil Changkat Jering 1997.

Pilihanraya kecil itu saya menjadi pengerusi Majlis di rumah Allahyarham di Taman Menteri.Sejak itu saya berkenalan seorang guru pencen yang bergiat aktif dengan PAS sehingga Allahyarham Cikgu Mat Jali keuzuran.

Tahun 1999 sewaktu Ustaz Idris dan Hj Roslan Shaharum bertanding sekali lagi satu ceramah kempen pilihanraya berlangsung di rumah beliau.Saya tetap menjadi pengerusi Majlis.Selepas ceramah kami dijamu makan.Begitu pemurahnya Allahyarham.Apabila kita ingin memberi duit api,allahyarham tidak mahu menerima.

Pilihanraya umum 2004 Ustaz Nordin Jaafar bertanding DUN Changkat Jering dan Dr Lo'Lo' bertanding parlimen.Ceramah kempen tetap berlangsung.Pada kali ini saya menjadi penceramah pertama.Rumah Allahyarham tetap lokaliti yang sesuai untuk ceramah.

Sementara itu pada tahun 2008 sekali lagi PRU berlangsung.Rumah beliau seolah dilupakan.Sehingga pada ingatan kita beliau meminta satu ceramah di rumah beliau.Kita menyatakan ditanggung beres.Kita pun mengatur program ceramah,kebetulan kita semasa itu Setiausaha Jabatan Pilihanraya Kawasan .Kita tetap juga menjadi pengerusi dan penceramah.!

Namun kerana kesibukan kita semasa PRK Bukit Gantang sewaktu DS Nizar berceramah di rumah Allahyarham Cikgu Mat Jali ,kita tidak dapat menyertai ceramah.Kita semasa itu mempunyai tugas penting bilik operasi PRK Bukit Gantang.

Apa yang jelas Allahyarham berjaya menjadi ahli PAS yang baik di tengah-tengah penduduk yang kaya dengan budaya UMNO.

Alfatihah untuk Allahyarham.Mereka yang berkesempatan esok solat jenazah pada pukul 11 pagi ,di Surau Taman Menteri,Changkat Jering.

0 Response to "Terkenang Pilihanraya-Rumah Allahyarham Cikgu Mat Jali Tempat Ceramah."

Post a Comment