Terkini

Apa sudah jadi 2 AJK PAS Bukit Gantang masuk PKR?

Kita menulis ini untuk diambil ikhtibar dan pendoman agar perkara remeh bagi segilintir pihak tidak kepada pihak yang terlibat dapat diatasi dan supaya tidak berulang!

Bagi kita hubungan boleh menjadi renggang jika setiap isu tidak diselesaikan secara baik.Contohnya apabila terdapat individu yang kita tidak kenali mendaftar dua AJK Pas Kawasan Bukit Gantang sebagai ahli PKR Cabang Taiping.

Cuba kita bayangkan Penolong S/U Kawasan dan juga Pengarah MTD Kuala Sapetang dan S/U Lajnah Penerangan Kawasan dipanggil mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Taiping.Mereka ini dipanggil siap dengan mencatat nombor ahli PKR.

Kononnya mereka sendiri isi borang dan keahlian terus dari ibu pejabat PKR.Kita khuatir terdapat anasir "jahat" cuba merosakkan hubungan baik PAS -PKR -DAP.

Isu keahlian bagi ahli PAS amat besar.Mungkin bagi pihak berkenaan isu kecil.Bagi kita yang berjawatan sebagai pimpinan PAS Kawasan isu ini boleh menyebabkan masalah keluarga,masalah mayarakat dan fitnah berterusan.

Kita berharap mereka berlapang dada dalam isu mengambil ahli PAS sebagai ahli PKR.Jangan seperti kata seorang teman,cari keahlian dan tambah keahlian PKR sekadar untuk menyenangkan DS Anwar Ibrahim.

0 Response to "Apa sudah jadi 2 AJK PAS Bukit Gantang masuk PKR?"

Post a Comment