Terkini

Tahniah penduduk kerana berani-Pas Tubuh Cawangan Di kubu Kuat UMNO

Rupanya sambutan orang Melayu Islam tetap tinggi dengan PAS.Kononnya orang Melayu menolak PAS di Bukit Gantang khususnya ,tidak tepat sama sekali.

Kelmarin kita,bersama YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan Setiausaha Kawasan Fadhil Idris merasmikan mesyuarat agung kali pertama Pas Cawangan Banggol Pasir.

Jawatankuasa penaja telah bermesyuarat pada 19 Mei 2008 untuk menubuhkan jawatankuasa penaja,hasilnya pada 8 Mei 2010 Pas Kawasan Bukit Gantang berjaya menubuhkan cawangan baru di kubu kuat Umno itu.

Rata-rata penduduk Kg Banggol Pasir dalam Dun Changkat Jering itu sudah lama berhajat dengan PAS tetapi banyak rintangan terpaksa dilalui.

Mereka yang tidak mahu disebut nama,menyatakan Kg Banggol Pasir tempat tinggal Adun Trong ,Dato' Rosli Hussein amat pekat dengan UMNO.Lokaliti Banggol Pasir dalam Peti Undi Air Kuning.Lokaliti ini kita kalah teruk.Dengan tertubuhnya cawangan di sini ,insyaAllah Peti Undi Air Kuning PR mempunyai harapan.

Namun dakwah Islam sudah memancar di Kubu Kuat Umno itu!

0 Response to "Tahniah penduduk kerana berani-Pas Tubuh Cawangan Di kubu Kuat UMNO"

Post a Comment