Terkini

Ibrahim Ali Patut Fikir Isu Lebih Besar.-Biar Ahli Kohilal Selesai Masalah

KOTA BHARU 7 Jun – Kerajaan Pas Kelantan mengakui kerugian yang ditanggung oleh Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) adalah kerana ‘silap pengiraan’ dari segi urusan pelaburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun menegaskan, ia tiada kaitan dengan salah laku pengurusan dan keadaan masih terkawal.

Sehubungan itu, katanya, kegiatan koperasi yang didokong oleh puluhan ribu ahli parti itu telah dibekukan buat sementara waktu bagi penyusunan semula pasukan pengurusan.

‘‘Masalah Kohilal sama seperti masalah perniagaan lain yang melabur dengan risiko yang perlu ditanggung sama ada untung atau rugi tetapi ia tidak ada kena mengena dengan salah laku pengurusannya,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Seminar Halalan Toiyyiban di Pusat Dagangan Kelantan di sini, hari ini.(sumber utusan)


0 Response to "Ibrahim Ali Patut Fikir Isu Lebih Besar.-Biar Ahli Kohilal Selesai Masalah"

Post a Comment