Terkini

Imbuhan khas pendidik RM500 buat Muhyiddin Tak Senang Duduk.

Timbalan Menteri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa tindakan kerajaan baru Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan menyebabkan Malaysia muflis.

Rata-rata teman guru mengucapkan tahniah atas keprihatinan kerajaan baru Pakatan Rakyat.Teman-teman guru berasa yakin dengan pendekatan memerintah tanpa rasuah dan pembaziran,agenda Pakatan Rakyat membantu para pendidik tidak akan menyebabkan muflis.

Bagi mereka kenyataan Menteri Pelajaran itu lawak bodoh menjelang tahun baru 2011.

Agenda Pakatan Rakyat antara lain akan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Semua ini menyebabkan pimpinan BN seperti ayam diasak malam.Pimpinan BN berfikir rakyat masih berada di zaman puntung berasap.

1 Response to "Imbuhan khas pendidik RM500 buat Muhyiddin Tak Senang Duduk."