Pandangan YB Dr Dzulkifli ini perlu diberi perhatian oleh prebet UMNO,Jamil Khir Baharom.
Langkah bijak kerajaan Selangor mengambil pendekatan penuh berhikmah.Wujudkan tabung kebajikan untuk membantu mereka untuk keluar daripada terus bergelumang dengan pekerjaan di premis yang penuh maksiat hasil peninggalan kerajaan UMNO.
Hal ini juga memboleh kerajaan PR untuk menolong mereka di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.Wujudkan tabung kebajikan untuk membebaskan mereka yang terlibat dengan pekerjaan dipremis judi,arak dan hiburan.Kerajaan Kedah,Selangor,Pulau Pinang boleh merentasi sempadan untuk membantu masyarakat Islam yang perlu dibela.
Berikut pandangan YB Dr Dzulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor seperti yang tersiar di harakahdaily.net.
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.
Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.
Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.
Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.
"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.
Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”
"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah melantik satu penal untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan atau ingin meninggalkan pekerjaan dalam tempat-tempat yang haram dibantu.
Bagi Dr Dzulkefly, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan nasib pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan sebelum menyokong mereka diberhentikan oleh majikan mereka.
"Namun, para ahli perniagaan yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak ini tidak ada alasan sedemikian. Oleh itu, kita cadangkan Jamil Khir mengarahkan mereka berhenti atau melaksanakan undang-undang itu," kata Dr Dzulkefly.

0 Response to "Datuk Jamil Khir Baharom tak tahu UMNO tu macam kentut dengan taik?"
Post a Comment