Terkini

Tahniah Umno Yuran Sekolah Tinggi.

Hari ini persekolahan seperti biasa. Hari pertama yang penuh simpati dan empati.Tahun ini kita tidak memegang kelas.Kembali ketugas asasi ,guru disiplin.

Namun begitu kita tetap bersama ibu-bapa untuk menguruskan pergerakan pelajar.Apa yang jelas semuanya merungut,pelbagai yuran yang dikenakan.

Bayangkankan lima atau lebih anak bersekolah.Sudah tentu yuran yang dibayar kepada pihak sekolah membebankan ibubapa.

Contoh anak kita pada tahun lepas semasa tingkatan satu RM75.50 kini Tingkaan Dua RM85.50. Tahun enam ,dahulu RM120.00 kini RM150.00.

Sementara anak kita yang berada di tahun dua,dalam surat pekeliling November 2010,RM55.50 kini RM70.50.

Kita sewaktu ibu-bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tempat kita mengajar.Kita memberitahu mereka dengan sinis ,kita ucap tahniah kepada UMNO kerana yuran sekolah tinggi.Mereka bertanya kenapa UMNO, Kita menjawab ,"Menteri Pelajaran ,Timbalan Presiden UMNO".

Kita berhujah lagi inilah UMNO rakyat didahulukan.

0 Response to "Tahniah Umno Yuran Sekolah Tinggi."

Post a Comment