Terkini

Alam Siber , Facebook dan Twitter dekat kampung zero.

Kita pun hairan kenapa wayar telefon dekat kawasan Dun Trong Parlimen Bukit Gantang selalu hilang. Semuanya menyebabkan penduduk kampung dekat DUN Trong dapat maklumat terkini melalui TV dan Radio Kerajaan .Broadband pun susah.Sumber maklumat zero jika melalui facebook dan intertnet.

Pihak berkuasa pula tidak mahu tanam kabel melalui bawah tanah atau berkongsi dengan TNB.Jika tidak masalah kabel telefon hilang tidak berbangkit.Mungkinkah pihak berkenaan mahu rakyat kawasan kampung terus "tidur". Mungkin juga pihak berkuasa tidak mahu DUN Trong mempunyai penduduk celik IT.Dun lain seperti Kuala Sapetang dan Changkat Jering akses internet amat baik.Sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia dan 16.9 pengguna internet. 8 juta pengguna Facebook anak muda berumur bawah 35 tahun. Sayang mungkin penduduk DUN Trong dan kawasan pedalaman lain tidak termasuk dalam pengguna facebook.Semuanya gara-gara kesukaran mendapat langganan pengunaan telefon dan "streamex" .

Bertambah sekarang pengaruh Faecebook dan Twitter boleh menggoncang sesebuah negara seperti Tunisia dan Mesir.Kini KDN pula sudah memikir buat satu akta menyekat pengaruh internet!

0 Response to "Alam Siber , Facebook dan Twitter dekat kampung zero."

Post a Comment