Terkini

ADUN Titi Serong masih tidak digantung.

YB Khalil Idham duduk dengan penuh sabar menunggu keberangkatan DYTM Raja Muda Perak pada 12 April lalu.

Setakat kelmarin YB Khalil Idham Lim masih mengikuti sidang DUN Perak.Speaker Ganaesan masih belum membuat keputusan ke atas isu bomoh yang dikemukakan oleh wakil Titi Serong itu.

Mungkin juga kes bawa bomoh dalam Dun Perak,jika diambil tindakan oleh pihak Ganaesan akan menikam diri sendiri.

Namun begitu jika melihat tindakan dan sikap Ganaesan ,YB Khalil Idham Lim langsung tidak diberi peluang untuk mencelah .Ganaesan seolah-olah telah menghukum YB Titi Serong itu dengan cara tidak memberi peluang YB Khalil Idham Lim untuk berbahas dan berhujah.

Sidang DUN Perak ,pada hari ini masuk ke sesi pengulungan oleh pihak Zambry.

0 Response to "ADUN Titi Serong masih tidak digantung."

Post a Comment