Terkini

Kesan solat hajat: Eskay Video Lucah sudah terasa bahang.

Kini Shazryl Eskay Abdullah sudah kepanasan.Mungkin sukar untuk tidur .Mungkin tempias juga sudah kena kepada anak-pinak..Beliau sanggup memikul beban fitnah. Kini mengaku dia merupakan individu tunggal yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks —kononnya lelaki didakwa melanggan pelacur asing adalah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia pada hari ini memberitahu media bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.Panas,panas dan tak senang duduk.Eskay kini semakin libang-libu.Kesan menuduh DS Anwar.Belum lagi kena hukum Qazaf.


“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan menjelaskan di mahkamah," katanya.


Kes sudah lekat,jika kita mengikuti kenyataan pihak polis.


"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata Acryl.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.


Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.


Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

*********How can I last a day without the Internet? THE HORROR! I need to hook myself with #P14G today! Do click for more info.****

0 Response to "Kesan solat hajat: Eskay Video Lucah sudah terasa bahang."

Post a Comment