Terkini

Betulkah terdapat petugas PAS Perak makan angin di Sarawak?

Kita diberitahu petugas kita yang bertugas di Dun Muara Tuang,terdapat petugas PAS dari Perak yang tidak melaksanakan amanah dengan baik .

Terdapat mereka yang suka pusing-pusing Sarawak dan makan angin.Mereka amat kedekut tenaga untuk bertugas semaksima yang boleh.

Kita diberitahu teman-teman, Hj Asmuni Awi ,Pengarah Pilihanraya Perak , amat marah kerana petugas yang sepatutnya mengedar,topi,baner dan poster tidak berbuat seperti yang diarah. Topi dan banner misalnya masih berlonggok banyak tidak diedar.

Malang sekali petugas tadi tidak menjawab panggilan telefon dan SMS ,Pengarah JPN Hj Asmuni Awi itu,di saat kita bertempur dengan musuh BN.

Jika betullah seperti apa yang berlaku,mereka ini dilain kali jangan dihantar oleh kawasan atau negeri ke mana-mana pilihanraya pun.Kita juga diberitahu mereka yang culas tenaga itu menghantar SMS mohon derma daripada sahabat-sahabat tanpa melalui organisasi yang betul.

Mungkin ini sebab-sebab di Dun Muara Tuang,Allah s.w.t belum memberi kita kemenangan kerana terdapat segelintir petugas kita yang tidak berjuang bersungguh-sungguh.

**telecommunications-dedah info-cepat******

0 Response to "Betulkah terdapat petugas PAS Perak makan angin di Sarawak?"

Post a Comment