Terkini

Jangan terkejut anak pemimpin Pas masuk DAP- Mat Sabu


Banyak yang diucap Tuan Haji Mohamad Sabu sewaktu merasmikan Mesyuarat Tahunan Pas Kawasan Bukit Gantang kali ke 44.Menerangkan tentang sejarah perjuangan Pas dan sejarah perjuangan pimpinan PAS.

Beliau menyebut bekas Presiden PAS Dato ' Asri Muda,keluar Pas dan masuk UMNO serta mati dalam UMNO.

Hj Mohamad Sabu juga menyentuh bekas Naib Preseiden Pas Nakhaei Ahmad yang akhirnya masuk UMNO.

Bagi kita ,kita tertarik dengan pandangan Haji Mohamad Sabu yang menyatakan jangan terkejut jika terdapat anak pimpinan PAS yang menyertai DAP.Menurut Mat Sabu keadilan dan sikap bertanggungjawab DAP kepada rakyat memungkinkan anak-anak muda berminat menyertai DAP.

Dengan umur Tok Guru seperti sekarang yang boleh meninggalkan kita ,anak-anak muda ini melihat pemimpin DAP sebagai contoh sikap kerajaan yang menjagakan kebajikan rakyat dan hidup tanpa rasuah.Beliau memberi contoh gaya pimpinan YAB Lim Guan Eng yang ingin mengikut Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Mat Sabu juga memberi pandangan DAP pada masa depan mampu mengeketengahkan orang Melayu sebagai calon pilihanraya.

2 Responses to "Jangan terkejut anak pemimpin Pas masuk DAP- Mat Sabu"

  1. TAK TERKEJUT AIIHH!! BILA PAS DAH GHUYUB, DEPA NAK PI MANA LAGI?
    DAPLAH. LAGIPUN DEPA TAK YAKIN DENGAN TIMBALAN PRESIDEN YANG PERNAH KENA TANGKAP KHALWAT DENGAN NORMA.

    ReplyDelete
  2. Sokong anak muda akan tinggalkan PAS jika pemimpin PAS sendiri pun bermasalah peribadi. Bini orang pun dia orang kebas. Ramai pemimpin PAS jadi begitu.

    ReplyDelete