Terkini

Sambutan hari guru- hari guru telah mati.

Kita diberitahu teman-teman guru ,hari guru pada tahun ini tiada sambutan seperti biasa.Hari guru pada 16 Mei ini, persekolahan seperti biasa.

Malahan sepanjang kita mengajar ,kita melihat sambutan hari guru tetap meriah. Para pelajar yang mengendalikan sambutan bersama PIBG.Sementara itu pihak sekolah hanya memantau.

Tapi pada 16 Mei ini,tarikh itu telah ditetapkan untuk para pelajar menduduki peperiksaan pertengahan tahun.Tarikh itu kini bukan satu tarikh yang keramat untuk para guru.

Terdapat teman-teman guru yang memberitahu 16 Mei ini,jika UMNO yang mengaturkan kerja untuk propaganda mereka sudah tentu perayaan 16 Mei ini tetap berlangsung. Namun setakat ini sambutan hari guru sekadar mendengar perutusan.

Tahun ini hari guru telah mati.

0 Response to "Sambutan hari guru- hari guru telah mati."

Post a Comment