Terkini

Polis Malaysia kelas dunia- Eskay bebas Shamsul Iskandar kena siasat.

PETALING JAYA, 1 Jun – Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal dengan sikap polis yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat insiden kekecohan ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul akhir April lalu.


Beliau berkata, pihak polis menyiasat kes berhubung insiden itu dengan teliti tetapi dilihat tidak menyiasat segala laporan yang pernah AMK laporkan.


“Saya mewakili AMK dengan tegas ingin menyatakan rasa kesal terhadap polis yang begitu bersungguh-sungguh menyiasat kes ini tetapi tidak pula mereka menyiasat laporan polis yang dibuat oleh AMK dan NGO lain mengenai penyebaran cakera padat (CD) (video seks) secara terang-terangan,” katanya selepas disoal siasat selama setengah jam oleh pegawai penyiasat ASP Ramlan Mat Darus dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di ibu pejabat PKR hari ini.


Shamsul Iskandar berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan mengganggu upacara keagamaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda.


Sebelum ini, beberapa pemimpin tertinggi AMK telah dipanggil oleh pihak polis berhubung insiden itu, antaranya Timbalan AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azen Mat Rasip.sumber MI

0 Response to "Polis Malaysia kelas dunia- Eskay bebas Shamsul Iskandar kena siasat."

Post a Comment