Terkini

Tetap ke stadium walau berjalan kaki-Mat Sabu.

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.


"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.


Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.


Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.


Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.


Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS berkata, beliau yakin tindakan tersebut tidak akan menjejaskan ahli PAS untuk datang ke himpunan itu nanti.harakah.daily.net

0 Response to "Tetap ke stadium walau berjalan kaki-Mat Sabu."

Post a Comment