Terkini

Apa khabar Mohamed Solehin yang koma dibaling polis dengan topi keledar?

 MOHAMMAD Solehin   koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.
MOHAMMAD Solehin koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.


Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh.

0 Response to "Apa khabar Mohamed Solehin yang koma dibaling polis dengan topi keledar?"

Post a Comment