Terkini

ATM dengarlah nasihat Mat Sabu-tak usah berpolitik.

Terdapat cubaan sesetengah pihak mengheret pihak tentera kepada politik partisan dan ini suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, dakwa timbalan presiden PAS.


Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pasukan keselamatan sejak merdeka memainkan peranan baik menjaga keselamatan negara tanpa terlibat dalam politik partisan.


Bagaimanapun, tambahnya, sejak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, pihak tentera ditarik ke kancah politik dengan pelbagai cara, termasuk melalui latihan bersama mengawal orang ramai dengan polis.


Bercakap kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang, Mohamad mahukan semua usaha itu dihentikan kerana ia tidak sihat dan tentera sepatutnya mengekalkan sikap neutral sepanjang masa.


Mohamad merujuk kepada pengakuan empat bekas tentera pada Rabu yang mengaku pernah terlibat dalam manipulasi undi pos semasa berkhidmat.***nasihat utk ATM****

0 Response to "ATM dengarlah nasihat Mat Sabu-tak usah berpolitik."

Post a Comment