Terkini

Jaga-jaga UMNO Selangor ,Mustafa Ali bercakap dari Mekah.

Cikgu Pa ,Setiausaha Agung PAS kini berada di Tanah Suci Mekah AlMukaramah sedang mengerjakan UMRAH.

Beliau tetap mempertahankan dakwaan terdapat konspirasi UMNO dalam pemeriksaan Jais ke atas gereja di Petaling Jaya.

Jaga-jaga UMNO Selangor,Mustafa Ali bercakap dari Mekah. Bulan pula bulan Ramadhan.Cikgu Pa mungkin sudah mengadu kepada Allah s.w.t .

Dato' Mustafa Ali mungkin sudah memanjat doa ke hadrat Allah s.w.t supaya tembelang UMNO itu akhirnya pecah dan rakyat tahu siapa UMNO sebenarnya dalam isu murtad ini.

Marilah kita baca ulasan Cikgu Pa melalui portal The Malaysian Insider.


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.


Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.


“Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah,” jawabnya.


Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah.


“Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas.


Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.


Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri.


Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.


Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.


Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu.


Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai.


Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.


Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

0 Response to "Jaga-jaga UMNO Selangor ,Mustafa Ali bercakap dari Mekah."

Post a Comment